Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

BERENDOI (PULAU PINANG)

Seni Persembahan >Muzik

Berendoi adalah temasya atau adat masyarakat Melayu bagi menyambut kelahiran bayi. Dalam erti kata lain, berendoi merupakan upacara bercukur rambut atau jambul bayi yang berusia sekurang-kurangnya tujuh hari. Berendoi turut dikenali sebagai aktiviti mengayunkan buaian (adat naik buai), dilakukan setelah bayi dibawa mengelilingi kumpulan marhaban, keluarga dan tetamu untuk dicukur rambutnya. Ketika berendoi, kumpulan marhaban akan menyampaikan maulid atau maulud, iaitu nyanyian-nyanyian berunsur keagamaan. Di Pulau Pinang, temasya ini turut dikenali sebagai Maulud Jawi.

Kebiasaannya, kumpulan endoi terdiri daripada wanita-wanita kumpulan marhaban dan qasidah, yang akan berselawat dengan menyampaikan lirik-lirik lagu memuji Nabi Muhammad SAW. Bait-bait lagu dalam berendoi juga berupa nasihat kepada ibu dan anak agar hidup dengan amalan murni serta mematuhi syariat agama sepanjang kehidupan. Kumpulan nyanyian ini terdiri daripada sekurang-kurangnya empat orang wanita atau lelaki. Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Kumpulan Naim Hawa terkenal dalam mempersembahkan lagu-lagu berendoi termasuk lagu-lagu aktiviti keagamaan lain iaitu Marhaban dan Berzanji.

“Ayuhai anak di dalam buaian,

Pejamkan mata jangan tangiskan,

Lagu Berendoi kami dendangkan,

Di dalam majlis tanda kesyukuran.”

Dalam majlis berendoi ini, selain daripada upacara cukur jambul, tahnik atau membelah mulut akan dilakukan oleh bapa atau ahli agama (ustaz) yang diundang khas ke majlis tersebut. Bermaksud, selain daripada temasya, sunnah yang dicontohi daripada Rasulullah S.A.W turut dilakukan, sebagai tanda mensyukuri rezeki kelahiran anak.

Majlis berendoi ini terkenal dalam kalangan masyarakat utara. Selain Pulau Pinang, Kedah dan Perlis memperlihatkan adat yang sama. Sesetengah kepercayaan dahulu-kala menyebut bahawa majlis endoi ini merupakan majlis nazar ibu bapa kerana memiliki anak. Ada juga mengatakan endoi merupakan majlis membayar nazar setelah mendapat anak lelaki atau anak perempuan, seperti dihasratkan. Pun begitu, secara asasnya, endoi atau berendoi sangat akrab dengan didikan Islam, iaitu menyampaikan pesan amanat, pedoman dan memuji-muji Tuhan.

• 2
• 2703

TARIAN JOGET SAUK

Seni Persembahan >Tarian

Tarian ini berlainan daripada tarian joget yang lain yakni gerak kaki dihayun bersama dengan gerak tangan dalam arah yang sama, seolah-olah pergerakan songsang. Keunikan tarian ini terletak pada gerakan dua langkah kaki di belakang dan gerakan satu langkah kaki di hadapan menggunakan tumit, manakala tangan digerak seperti menyauk.

Tarian Joget Sauk merupakan salah satu variasi daripada tarian Joget tradisional Melayu yang sangat terkenal di negeri Kedah. Tarian ini dipopularkan di daerah Sauk, sebuah kawasan di Perak yang bersempadan dengan Kedah, dan kemudiannya berkembang pesat di Kedah. Tarian Joget Sauk adalah gabungan antara elemen-elemen tarian Melayu tradisional yang dinamik dengan pengaruh daripada budaya tempatan dan luar.

• 0
• 3434

BERZANJI

Seni Persembahan >Muzik

Berzanji adalah bentuk kesenian Islam yang popular di negeri Perak. Ia merupakan satu bentuk seni suara yang dipersembahkan di dalam majlis atau upacara keagamaan seperti maulid Nabi, akikah, menyambut kelahiran bayi, berkhatan dan juga majlis perkahwinan. Seni persembahan Berzanji adalah hasil susunan Syeikh Ja’far al-Barzanji dan merupakan rangkaian sejarah hidup Nabi Muhammad SAW yang menyentuh tentang  keturunan,  perkembangan  kehidupan  sejak  zaman  kanak-kanak  sehinggalah  dilantik sebagai  Rasul.  Ia  juga  menyentuh  tentang  sejarah  perjuangan  serta  keperibadian  Rasulullah SAW yang seharusnya menjadi contoh teladan bagi seluruh umat manusia.

Kesenian Berzanji di negeri Perak,  dikembangkan  melalui  peranan pusat  pengajian  Islam  tradisional  seperti sekolah pondok ataupun Madrasah.  Para penuntut bersama-sama  dengan  guru  al-Quran melagu-lagukan berzanji dan dijadikan sebagai satu bentuk hiburan selepas belajar. Selepas tamat pengajian, mereka pulang ke kampung masing-masing dengan membawa bersama-sama amalan  berzanji  ini.  Kebiasaannya  mereka  menjadi  guru  serta  imam-imam  di masjid-masjid dan surau-surau. Mereka menerapkan amalan ini dalam masyarakat setempat. Di samping itu, dengan adanya galakan daripada Sultan dan pembesar-pembesar di negeri Perak, kesenian ini semakin berkembang secara meluas di seluruh negeri.

Terdapat kumpulan berzanji yang ditubuhkan khas oleh pihak istana dan kaum kerabat malahan pernah menjadi satu pengisian dalam  majlis  yang  melibatkan  adat  istiadat  Diraja. Perkembangan  seni  Berzanji  ini  banyak  dipelopori  oleh  guru-guru al-Quran yang mana ia secara tidak langsung memberikan tunjuk ajar tentang seni bacaan al-Quran berlagu (Taranum) dan mengimarahkan kesenian Islam dalam konteks persembahan.

• 9
• 4192

TARIAN SINGA TIANG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Singa merupakan salah satu warisan budaya masyarakat Cina yang kaya dengan simbolisme, falsafah, dan nilai estetika tinggi. Di Malaysia, Tarian Singa telah menjadi manifestasi seni persembahan yang signifikan dalam konteks perayaan budaya, khususnya ketika sambutan Tahun Baru Cina, upacara pembukaan premis, serta acara khas yang berkait dengan kemakmuran dan kesejahteraan. Secara umumnya, terdapat dua variasi utama Tarian Singa yang popular iaitu Tarian Singa Selatan (Nan Shi) dan Tarian Singa Utara (Bei Shi), yang masing-masing menonjolkan perbezaan dari segi gaya gerakan, bentuk kepala singa, dan iringan muzik.

Salah satu cabang paling memukau dalam seni persembahan ini ialah Tarian Singa Tiang atau lebih dikenali sebagai High Pole Lion Dance. Ia merupakan bentuk evolusi moden Tarian Singa Selatan yang memfokuskan kepada elemen akrobatik dan kemahiran teknikal tinggi. Dalam persembahan ini, penari beraksi di atas tiang-tiang logam setinggi antara 6 hingga 9 kaki, yang tersusun dalam pelbagai formasi mencabar. Gerakan melompat dari satu tiang ke tiang yang lain, berdiri seimbang di atas ruang sempit, serta lakonan mimik muka singa menjadikan persembahan ini bukan sekadar tontonan visual, malah demonstrasi kekuatan fizikal, ketahanan mental, dan kerjasama luar biasa antara penari bahagian kepala dan bahagian ekor.

Tarian Singa Tiang dipercayai berakar umbi daripada zaman Dinasti Ming (1368–1644) dan Qing (1644–1912) di China. Ia berkembang sebagai satu bentuk seni mempertahankan diri yang dipersembahkan oleh ahli-ahli persatuan kung fu tempatan. Ketika masyarakat Cina mula berhijrah ke Asia Tenggara pada abad ke-19, seni ini turut dibawa bersama — khususnya oleh imigran dari wilayah Guangdong dan Fujian. Di Malaysia, tarian ini mengalami perkembangan pesat terutama di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi komuniti Cina seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru. Kuala Lumpur, khususnya, telah muncul sebagai pusat kecemerlangan bagi Tarian Singa Tiang dengan wujudnya banyak kumpulan profesional yang telah memenangi pertandingan antarabangsa.

Oleh yang demikian, Tarian Singa Tiang bukan sahaja berfungsi sebagai seni persembahan, tetapi juga sebagai ritual spiritual dan budaya. Dalam kepercayaan tradisional masyarakat Cina, singa merupakan simbol kekuatan, keberanian, dan pelindung daripada roh-roh jahat. Justeru itu, persembahan ini diyakini dapat menghalau bala, membawa tuah, dan menyucikan ruang, menjadikannya amalan penting semasa perayaan atau pembukaan perniagaan.

• 13
• 23019

MUZIK MELAYU ASLI

Seni Persembahan >Muzik

Asal Usul Gendang Pahang merupakan salah satu elemen muzik tradisional yang sangat penting dalam kebudayaan Melayu di negeri Pahang, Malaysia. Gendang ini memainkan peranan utama dalam pelbagai persembahan seni dan adat resam masyarakat Pahang. Ia memiliki sejarah dan evolusi yang panjang, yang mencerminkan perpaduan budaya Melayu dengan pengaruh luar, serta adaptasi muzik tradisional dengan elemen tempatan. Sejarah

Gendang Pahang dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan berkembang dengan pesat di negeri Pahang selepas itu. Ia adalah sebahagian daripada tradisi muzik Melayu yang lebih luas, tetapi dengan keunikan dan kekhususan dalam cara permainan, gaya irama, dan penggunaannya dalam masyarakat Pahang.

Pada asalnya, gendang Pahang digunakan dalam pelbagai acara penting masyarakat Melayu Pahang, seperti upacara perkahwinan, perayaan, dan acara keagamaan. Ia menjadi alat muzik utama dalam persembahan seni seperti mak yong, kuda kepang, dikir barat, dan tarian tradisional yang lain.

• 1

• 5571
10

TARIAN SEWANG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sewang merupakan salah satu tradisi kebudayaan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia, terutamanya suku kaum Mah Meri, Bateq, Semai dan Temiar yang terdapat di Negeri Perak. Tarian ini diwarisi secara turun-temurun sebagai bentuk penghormatan kepada alam sekitar dan penyembahan makhluk ghaib. Persembahannnya adalah bergantung kepada jenis upacara rirutal yang dibuat kerana tarian Sewang terdiri dariapda beberapa jenis seperti Sewang Chenchem, Gamok, Panoh, Penhei, Manjar, Pungei, Tanggei, Selombang dan lain-lain lagi.

• 10
• 18379

TARI SANGGUL LINTANG

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Sanggul Lintang Melaka merupakan tarian tradisional yang berasal dari negeri Melaka (Malacca). Tarian ini berakar umbi dalam budaya Minangkabau, yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang lebih luas di rantau ini. Sanggul Lintang merujuk kepada gaya rambut tersendiri yang sering dipakai semasa persembahan, di mana rambut digayakan dalam sanggul khas, menyerupai "bintang" atau "lintang".

Tarian ini merupakan persembahan yang anggun dan menonjolkan nilai tradisi, adat resam dan keindahan estetika rantau ini. Pergerakan ini dicirikan oleh gerak isyarat yang clembut dan rumit yang sering menyatakan rasa hormat, layanan mesra dan rahmat, dan secara tradisinya dilakukan semasa majlis upacara atau kebudayaan, seperti perkahwinan. Namun ada yang menyatakan Sanggul Lintang adalah hiasan  kepala yang digunakan oleh golongan masyarakat Baba dan Nyonya. Sanggul lintang berada di belakang kepala, terdiri atas dua bagian dan diikat di tengah-tengah. Sanggul Lintang diperbuat daripada gabungan tembaga, emas dan suasa ini memang menjadi lambang kemegahan adat resam orang Melayu khususnya ketika istiadat persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu kala.

Pada zaman dahulu, pemakaian sanggul sering dikaitkan dengan keperibadian wanita. Di sinilah letaknya keistimewaan sanggul untuk dandanan rambut di majlis perkahwinan pada zaman dahulu. Di samping itu, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa terdapat lebih pelbagai motif corak bunga yang dijadikan hiasan cucuk sanggul. Antaranya motif corak bunga Senayan, bunga Sundah Belum, bunga Kekwa, bunga Putih Pendek dan bunga Paku Putih Panjang. Kesemua motif corak ini berdasarkan kepada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang tumbuh meliar di dalam hutan.Disebakan keunikkan Sanggul Lintang yang luar biasa. Maka wujudlah Tari Sanggul Lintang bagi menunjukkan keindahan Malam Berinai bagi masyarakat Melayu Melaka. Gerak tari ini menunjukkan keceriaan pengantin dan menunjukkan tingginya nilai busana Baju Pengantin Budaya Melaka.

• 0

• 6877

MAIN PETERI

Seni Persembahan >Muzik

Main Peteri, atau disebut juga sebagai Main Teghi dalam dialek Kelantan, adalah salah satu kesenian autentik di negeri ini. Kesenian ini adalah salah satu kaedah perubatan tradisi paling popular dalam masyarakat Melayu Kelantan-Pattani sejak lama dahulu. Diakui bahawa sukar untuk mengasingkan aspek seni persembahan dan ritual perubatan dalam kesenian ini kerana terdapat pertalian rapat antara kedua-dua unsur itu. <o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Terdapat pelbagai versi berkaitan asal-usul Main Peteri yang boleh dijadikan sumber maklumat, namun kerana ketiadaan rekod-rekod yang tepat maka sumber lisan adalah satu-satunya rujukan yang ada.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Daripada sudut persembahan, Main Peteri dilihat sebagai sebuah kesenian yang menarik kerana ia menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik, dengan unsur Islam, magis dan ritual. Tok Teghi iaitu ketua kumpulan bertindak sebagai perantara bagi menghubungkan pesakit dengan angin atau semangat yang diseru. Ketika proses ini berlangsung, Tok Teghi akan mengalami perubahan watak; menjadi bengis dan garang, menjadi orang tua nyanyuk, pemuda cacat, bersuara sengau dan pelbagai watak lain bagi menggambarkan sakit yang ditanggung oleh pesakit.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Seni persembahan Main Peteri merupakan persembahan kesenian yang jarang dipersembah di luar Kelantan. Dengan itu, persembahan ini seharusnya diperluas agar masyarakat luar dapat mengetahui kesenian ini, seterusnya dikekalkan sebagai warisan masa depan.<o:p></o:p>

• 9
• 6274

TARIAN ZAPIN ARAB

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Arab atau lebih dikenali dengan sebutan zaffin  ialah bentuk asal tarian zapin yang dibawa oleh pedagang dan mubaligh Arab dari Hadramaut, Yaman, ke Alam Melayu sekitar abad ke-15 dan ke-16. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan di istana dan medium dakwah Islam. Zapin Arab menekankan gerakan kaki yang cepat dan sederhana, dengan pengaruh kuat budaya Arab. Zapin Arab adalah salah satu bentuk tari yang diamalkan dlama budaya gambus masyarakat Arab di Malaysia. Tradisi bergambus atau gambusan ini meliputi Zaffin, Sarah dan Samrah yang dimulakan dengan dendangan Taqsim atau Taqasim oleh instrument Gambus.

• 0

• 8416

GENDANG PANJANG (PERAK)

Seni Persembahan >Muzik

Gendang Panjang adalah sejenis muzik pergendangan yang sinonim dengan masyarakat Thai atau yang berketurunan Siam. Kesenian ini telah dibawa ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak, sejak lebih 30 tahun lalu dan terus diamalkan dalam kalangan masyarakat berketurunan Siam setempat.

• 1
• 2038

TARIAN TINGKAH TALU

Seni Persembahan >Tarian

Tingkah Talu atau nama penuhnya disebut Jepin Tingkah Talu Ulun Pagun adalah tarian yang diwarisi oleh etnik Tidung dari daerah Tawau, meliputi kawasan Kalabakan, Merotai, Bum Balai, Sebatik dan beberapa kawasan di sekitar Sandakan dan Beluran (Sugut). ‘Tingkah Talu’ membawa maksud ‘Langkah Tiga’  yang berasal dari Kampung Mentadak, Pulau Sebatik merupakan sebuah tarian berasaskan zapin. Menurut sejarah, tarian ini berakar daripada pengaruh budaya Arab Parsi yang diperkenalkan melalui perkahwinan antara orang Arab dengan etnik Tidung semasa perkembangan pengaruh Islam ke seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, gaya permainan persembahan ini sangat signifikan dengan bentuk tarian zapin umumnya kerana, struktur asas tarian ini sendiri lazimnya akan dimulakan dengan Taqsim dan diiringi dengan Gambus Solo lalu diakhiri dengan Wainab.

• 1

• 2428

TARIAN ZAPIN SINDANG

Seni Persembahan >Tarian

Zapin Sindang berasal dari Kampung Sindang, Samarahan, Sarawak, diasas oleh Encik Nawi yang juga berasal dari kampung tersebut.  Tarian ini mempunyai tiga ragam gerak iaitu ‘ragam sembah’, ‘ragam poko’ dan ‘waina wailed’ atau ‘waina tahtim’. Tarian yang diiringi dengan muzik berentak zapin ini dipercayai berasal dari tanah Arab dan dibawa masuk ke Sarawak menerusi Sambas dan Serasan di Kalimantan, Indonesia. Tarian ini dipercayai juga dapat membantu menyebarkan agama Islam di Borneo.

• 0

• 2243