Senarai Seni Budaya
Senarai Keseluruhan seni budaya merangkumi semua kategori dan negeri
Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 214
ALAT MUZIK KULINTANGAN
Kulintangan merupakan alat muzik tradisional yang sangat berakar dalam budaya masyarakat etnik di negeri Sabah kerana alat muzik ini diwarisi oleh hampir setiap kumpulan etnik. Ia terdiri daripada satu set gong kecil yang disusun mendatar di atas rangka kayu dan biasanya dimainkan secara berkumpulan. Kulintangan biasanya mempunyai 8 hingga 9 buah gong-gong kecil yang di susun sebaris dan apabila dimainkan ia akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain dengan menggunakan dua alat pemukul kayu yang kecil.
Terdapat beberapa perbezaan dari segi jumlah kulintangan dibeberapa daerah, contohnya seperti daerah Telupid dan Beluran iaitu suku kaum Dusun Labuk jumlah kulintangan yang biasa digunakan adalah sebanyak 9 manakala etnik dari daerah lain biasanya dalam 6 hingga 7 kulintangan saja. Selain itu, kulintangan yang dimainkan juga mempunyai perbezaan dari segi alat muzik iringan tradisional antara daerah, contohnya di sebelah Pantai Barat biasanya akan hanya menggunakan kulintangan sahaja tanpa sebarang alat muzik iringan tradisional, manakala di Pantai Timur seperti Telupid dan Beluran, alat muzik kulintangan akan diiringi dengan paluan 3 jenis gong yang berbeza saiz. Begitu juga dengan masyarakat etnik Bajau dan Suluk di sekitar daerah Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Kulintangan biasanya diiringi oleh alat muzik tradisional Gong Ibu dan Gong Anak, serta Tambul (gendang).
- 3
- 7639
SAPE
Sape merupakan alat muzik kecapi tradisional yang terdapat dalam komuniti Orang Ulu di Sarawak. Secara tradisinya alat muzik ini begitu sinonim dengan seni muzik suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit yang asalnya hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang. Menerusi perubahan dalam gaya hidup suku kaum tersebut, ternyata muzik sape telah beransur-ansur menjadi sebuah alat sosial dan budaya popular yakni digunakan sebagai bahan atau unsur hiburan umum.
- 1
- 4839
BANGSI DAN NINENG
Muzik Bangsi merupakan permainan muzik yang biasanya dimainkan oleh masyarakat tradisi pada waktu lapang khususnya ketika berehat selepas waktu bekerja. Muzik ini juga sering dimainkan untuk hiburan ahli keluarga ketika berehat bersama-sama di ruang tamu rumah. Dalam keadaan lain, muzik Bangsi juga dimainkan dalam upacara khusus iaitu bagi tujuan perubatan dan majlis kenduri-kendara.
Muzik ini akan mula dimainkan selepas ketua adat atau ketua Gawai melakukan upacara pembukaan dengan menyempurnakan acara patik nabur atau sadih sanggar dan sadih ancak iaitu memohon restu daripada semangat ghaib. Acara ini dilakukan bagi mengiringi bacaan jampi mantera untuk memohon rezeki dan pada masa yang sama memohon menolak bala dan memohon perlindungan daripada semangat ghaib yang disebut Kamang Triyu agar mereka terhindar daripada roh jahat.
- 0
- 970
TEATER RANDAI
- 28
- 1946
MARHABAN
Marhaban adalah salah satu bentuk persembahan kesenian Islam yang popular di negeri Perak. Perkataan ( بحرم) “Marhaba” berasal daripada perkataan kata kerja bahasa Arab ( بحر) “Rahaba” yang bererti lapang dan luas. Ia membawa maksud ucapan selamat atau hormat yang diucapkan bagi mengalu-alukan seseorang ketika bertemu juga ada yang menterjemahkan ungkapan ini kepada “selamat datang”.
Marhaban merujuk kepada sebahagian bacaan yang terbit daripada Rawi (bab) keempat dalam kitab Majmu’ah Maulud Sharaf al-Anam. Ia bermula pada rangkap kelapan, khususnya ketika tiba pada ayat yang menyebut tentang kelahiran Rasulullah SAW iaitu “Baginda dilahirkan”. Pada bahagian ini, para pendendang dan hadirin akan berdiri bersama-sama untuk melantunkan nyanyian yang dikenali sebagai Marhaban. Lagu nyanyian tersebut terkenal sehingga ke hari ini iaitu;
Thala'al Badru 'Alayna, Min Thaniyyatil Wada'
Wajabash Shukru 'Alayna, Ma Da'a Lillahi Daa'
Tradisi ini popular dalam kalangan masyarakat Melayu, kerana ia melambangkan penghormatan dan kegembiraan terhadap peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menjadikannya elemen penting dalam pembacaan kitab tersebut.
- 3
- 6055
TARIAN KANJET NGELEPUT
Kanjet Ngeleput merupakan tarian yang menggambarkan suasana keriangan masyarakat etnik Orang Ulu semasa berburu sambil berkelah di hutan. Sementara menanti kembalinya para pemburu dengan hasil buruan, etnik ini biasanya akan berhibur dengan menari mengikut alunan muzik petikan Sape. Alat muzik Sape dalam kalangan etnik Orang Ulu diperbuat daripada kayu yang mudah diperoleh di sekitar kawasan kediaman mereka.
- 0
- 1114
MUZIK KERONCONG DI MELAKA
Muzik Keroncong adalah genre muzik tradisional yang berasal dari Indonesia dan telah mendapat tempat yang penting dalam budaya muzik Malaysia. Muzik ini menggabungkan elemen-elemen muzik tradisional Melayu dengan pengaruh muzik Portugis. Ia terkenal dengan irama yang lembut dan melodi yang menenangkan, serta penggunaan alat muzik tertentu yang memberi kesan khas kepada jenis muzik ini. Keroncong adalah sebahagian daripada warisan muzik yang kaya di Malaysia, terutamanya di kalangan masyarakat Baba Nyonya dan Kristang.
Asal Usul Muzik Keroncong
Muzik keroncong adalah sebahagian daripada warisan budaya yang mempunyai akar sejarah panjang, terutama di rantau Nusantara. Dalam konteks Melaka, muzik keroncong turut berkembang seiring dengan pengaruh budaya dan sejarah kolonial, khususnya dari Portugis, serta interaksi dengan budaya setempat. Berikut adalah penjelasan mengenai sejarah muzik keroncong di Melaka. Muzik keroncong dipercayai berasal dari Indonesia, khususnya dalam masyarakat Jawa, tetapi ia dipengaruhi oleh muzik Portugis yang dibawa oleh penjajah pada abad ke-16. Muzik tradisional Portugis seperti fado dan modinha telah diperkenalkan kepada masyarakat tempatan di Melaka melalui hubungan sejarah kolonial Portugis (1511–1641). Alat muzik seperti gitar kecil (cavaquinho) dan melodi melankolik Portugis kemudian berkembang menjadi keroncong.
- 1
- 1914
NGAJAT INDU
Perkataan indu yang disebut sebagai induk, bermaksud wanita dalam bahasa Iban. Oleh itu tarian Ngajat Indu adalah sejenis tarian yang ditarikan sepenuhnya oleh golongan wanita dalam kalangan etnik tersebut. Sehubungan itu, elemen utama dalam tarian ini adalah nilai kelembutan dan kesopanan wanita Iban selain memaparkan dengan jelas akan kehalusan seni budaya serta adat istiadat komuniti peribumi berkenaan.
- 1
- 2338
TARIAN JOGET TRILA LILA BABA NYONYA
Tarian ini merupakan satu medium hiburan kepada masyarakat di samping berfungsi memperkenalkan budaya masyarakat Baba Nyonya Melaka. Tarian ini sering diadakan semasa acara keramaian dan sambutan perayaan.
- 22
- 3210
SILAT KURA-KURA
Silat Kura-Kura merupakan seni bela diri tradisional yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, yang muncul pada abad ke-19. Seni ini diasaskan oleh seorang guru silat yang mendapat inspirasi daripada perkelahian dua ekor kura-kura semasa bertapa di gua Hulu Paka. Gerakan unik kura-kura tersebut, seperti melindungi diri dan menyerang dengan kawalan yang strategik, diadaptasi menjadi teknik seni bela diri ini. Tok Ibrahim Hussin, sebagai pengasas utama, mewariskan pengetahuan ini kepada pelajarnya Yunus Mamat, yang kemudiannya mempromosikan seni ini di Kampung Menerong, Kuala Berang.
Latihan Silat Kura-Kura biasanya dijalankan di kawasan berpasir seperti tepi sungai, yang menyerupai habitat kura-kura. Tokoh seperti Mohamad Razali bin Ismail juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan seni ini sehingga kini, dengan murid-muridnya terdapat di luar Terengganu, termasuk Johor, Kelantan, dan Singapura. Silat ini pernah dipersembahkan dalam acara besar seperti persembahan budaya di Singapura dan semasa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Hulu Terengganu.
Walau bagaimanapun, Silat Kura-Kura menghadapi cabaran dalam kelangsungannya. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir, persaingan daripada seni silat moden seperti Pencak Silat, serta kurangnya pendedahan melalui media dan platform pertandingan menyebabkan seni ini kian dilupakan. Generasi muda lebih cenderung kepada aktiviti moden yang lebih mudah dipelajari dan dinamik. Untuk memastikan kelangsungan seni ini, beberapa langkah pemeliharaan perlu diambil. Antaranya adalah mengadakan bengkel latihan dan kelas untuk generasi muda, mendokumentasikan sejarah dan teknik Silat Kura-Kura melalui filem dan buku, serta mempromosikannya melalui media sosial dan acara kebudayaan. Kerjasama antara kerajaan, swasta, dan institusi pendidikan juga penting untuk memasukkan elemen Silat Kura-Kura dalam kurikulum seni dan budaya. Dengan langkah ini, Silat Kura-Kura dapat terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang, sekaligus memperkukuhkan identiti budaya Melayu di mata dunia.
- 1
- 1198
TARIAN MONGIGOL SUMUNDAI
Tarian Mongigol Sumundai merupakan tarian tradisional yang kaya dengan elemen budaya dan simbolisme bagi masyarakat etnik Rungus yang kebanyakannya mendiami kawasan utara Sabah khususnya di daerah Kudat serta daerah kecil Matunggong. Tarian Mongigol merupakan gerak tari khusus bagi penari lelaki, sementara tarian Sumundai pula adalah khusus ditarikan oleh penari Wanita. Namun, kedua-dua tarian ini dipersembahkan secara serentak, di mana penari lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan. Secara umumnya, tarian ini boleh dikategorikan sebagai tarian imitasi kerana ia meniru pergerakan objek-objek yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat etnik Rungus pada zaman dahulu (Pangayan, 2020). Pada masa kini, tarian Mongigol Sumundai sering dipersembahkan dalam pelbagai acara perayaan, khususnya semasa Pesta Kaamatan, Pesta Magahau atau upacara ritual sebagai tanda kesyukuran atas hasil pertanian.
- 4
- 2570
NGAJAT NGALU TEMUAI
Ngajat Ngalu Temuai bermaksud tarian menyambut tetamu yang dipersembahkan oleh penari-penari lelaki dan perempuan etnik Iban. Secara khusus, persembahan tarian ini diadakan untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu atau temuai dalam bahasa Iban. Lazimnya, tarian ini ditarikan bagi menjemput dan mengiringi tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama orang kenamaan dan tetamu-tetamu kehormat bergerak masuk ke rumah berkenaan.
Pergerakan tarian ini hampir sama dengan Tarian Ngajat Indu yang memaparkan gerak lemah gemalai dan tertib. Biasanya tarian ini dipersembahkan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi dan perayaan khususnya Hari Gawai.
- 0
- 1522