Gambar

11

Video

ada

Pelawat Hari ini

3

Jumlah Pelawat

67

Pengenalan dan sejarah

Muzik Kemplingan merupakan sebuah tradisi seni warisan dalam masyarakat berketurunan Jawa di negeri Johor. Kemplingan juga adalah sejenis permainan genderang yang mengiringi bacaan rawi dalam majlis berzanji, yang disampaikan bacaannya sama ada dalam bahasa Arab, bahasa Melayu atau bahasa Jawa.

Fungsi dan Peranan

Persembahan muzik Kemplingan sering diadakan bagi memeriahkan acara keramaian seperti majlis-majlis kesyukuran, perkahwinan, adat potong jambul bayi dan berkhatan, selain untuk mengiringi perarakan pengantin. 

Peralatan/ Bahan-Bahan

Peralatan muzik Kemplingan terdiri daripada tiga jenis alat iaitu sebuah gendang, sebuah jidur, dan empat buah kempling yang berlainan nada. Pada masa kini, alat-alat muzik lain turut dibawa masuk seperti sepasang marakas dan sebuah tamborin, menjadikan permainan Kemplingan lebih rancak dan menarik.Berdasarkan kesesuaian, rangka peralatan genderang Kemplingan diperbuat daripada pangkal batang-batang kelapa, cempedak, leban atau durian. Seramai sepuluh hingga dua puluh atau lebih pemain terlibat memainkan muzik Kemplingan dengan sebahagiannya juga adalah pembaca rawi atau nazam berzanji. 

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Rentak permulaan adalah bermula dengan pukulan gendang, jidur dan diikuti dengan pukulan kemplingan. Rentak turunan pula menunjukkan pukulan gendang dan kempling agak jarang-jarang. Sementara rentak turunan penghabisan (penutup) adalah rentaknya akan semakin jarang dengan pukulan gendang dan kempling yang semakin menurun.

Sumber Rujukan

I. Bahan Bacaan : Othman bin Ahmad (1990), Kemplingan, Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, hlm. 2.

II.Tokoh (jika ada temu bual tokoh) : Temu bual bersama Wak Tajuddin, generasi ke-3 kesenian kemplingan.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Tajudin bin Miskan
  • Kumpulan Kemplingan Parit Kemang, Kg. Parit Kemang, Muar, Johor
  • 019 – 632 2023
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Puan Nor Hafizah Hassan

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO No 26, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin 80200 Johor Bahru JOHOR DARUL TAKZIM

07-224 8270 / 223 1249

Kembali Ke Atas