HADRAH DAN TARIAN HADRAH

Seni Persembahan >Muzik

Gambar

12

Video

ada

Pelawat Hari ini

20

Jumlah Pelawat

200

Pengenalan dan sejarah

Hadrah merupakan sebuah seni muzik pergendangan yang dibawa masuk oleh pedagang Parsi ke Tanah Melayu di daerah Kubang Pasu, Kedah. Persembahan Hadrah amat popular di negeri-negeri Kedah dan Perlis pada abad ke-17. Hadrah sering dipersembahkan dalam majlis keramaian terutamanya dalam majlis perkahwinan. Kebiasaannya, Hadrah akan dimainkan dari siang hinggalah waktu malam.

 

Keunikan Hadrah Kedah yang membezakannya dengan Hadrah di negeri lain adalah daripada aspek alat muzik dan lagunya yang menggunakan lirik bahasa Melayu Kawi dan bertapak di Kampung Bayas, Jitra,

 

Pada masa dahulu, tarian Hadrah ditarikan dan dilakonkan oleh lelaki yang berpakaian wanita. Walau bagaimanapun, penari wanita telah dibenarkan untuk membuat persembahan pada masa kini. Kononnya tarian ini berasal dari kisah penebang-penebang pokok kayu yang sesat di dalam hutan. Sewaktu mencari jalan keluar, mereka menyanyi dan berdoa sambil memukul alat muzik kompang. Hadrah Kedah juga memiliki keunikan tersendiri menerusi elemen yang disebut sebagai Noge, iaitu sebuah persembahan selingan.

Fungsi dan Peranan

Pada masa kini, persembahan muzik dan tarian Hadrah sering diadakan untuk majlis-majlis keraian rasmi anjuran kerajaan dan pihak swasta, khususnya yang berkaitan dengan acara seni budaya dan warisan.

Busana/ Aksesori

Persembahan Hadrah kini sering ditarikan oleh penari wanita yang memakai baju kebaya dengan aksesori kerongsang dan hiasan cucuk sanggul di kepala. Penari juga akan memegang sehelai sapu tangan bagi memperindahkan lagi lambaian pergerakan tangan. 

Peralatan/ Bahan-Bahan

Muzik pergendangan Hadrah Kedah terdiri daripada beberapa rebana kerincing, satu gendang anak dan satu gendang ibu. Gendang ibu Hadrah Kedah memiliki saiz yang agak besar dengan ukuran lilit 35 inci. Gendang ini biasanya dimainkan oleh dua orang penggendang secara bertingkah dalam keadaan duduk. 

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Dilakukan setelah selesai buka panggung oleh Tok Bomoh. “Sanore” merupakan sebuah lagu permulaan bagi setiap kali bermulanya persembahan. Penari akan keluar menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

 

Rentak atau bentuk tarian hadrah ini sama dengan tarian Melayu Asli di mana gerak tari tangan, jari dan badan dihayunkan dengan lembut sekali.

 

Satu perkara yang istimewa dalam persembahan ini ialah kemasukan orang luar dalam persembahan tarian tersebut. Ini dipanggil “rasuk”. “Rasuk” ini masuk menari bersama-sama penari tidak kira apa lagu yang dimainkan. Apabila satu-satu lagu itu berakhir ’peteri’ akan memberi hormat kepada penonton dengan meletakkan kedua-dua belah tangan rapat dan bertentangan dengan dada.

 

Unsur-unsur moden dimasukkan apabila permainan noge ditukar kepada permainan Hadrah. Selain daripada menggunakan alat-alat muzik persembahan bangsawan juga dilakukan.

Tokoh dan Pencapaian

Nama : Razali Bin Ismail

Tarikh lahir : 18 Ogos 1963

Kelulusan : SRP / SPM Pangkat A

Penggiat dalam Kesenian Hadrah terutamanya bidang tari.  

Sumber Rujukan

      i.     Bahan Bacaan : -

    ii.        Tokoh:

a)    Encik Azmi bin Abdullah

Lokasi

Marker
Ini lokasi kami!
Leaflet © OpenStreetMap contributors
Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Encik Azmi bin Abdullah
  • 116 D, Taman Wira Mergong, 05150, Alor Setar, Kedah
  • 011-64873210
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Encik Mohammad Salleh bin Mahmud

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah
Kompleks JKKN Kedah Lot PTD 400, Pumpong 05250 Alor Setar KEDAH DARUL AMAN

011-10899646

Seni Budaya Berkaitan

Kembali Ke Atas