Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
HADRAH PERLIS
Seni Persembahan >Muzik
Gambar
1
Video
ada
Pelawat Hari ini
5
Jumlah Pelawat
60
Pengenalan dan sejarah
Hadrah merupakan seni muzik pergendangan yang dibawa masuk oleh pedagang Parsi ke Tanah Melayu. Persembahan ini kemudiannya popular di negeri Kedah dan Perlis pada abad ke-17. Hadrah berasal daripada perkataan ‘hijrah’ dan berunsurkan kesenian Arab.
Dalam sejarah Islam, ketika penduduk Madinah menyambut penghijrahan Nabi Muhammad SAW (622M), mereka memukul gendang beramai-ramai bagi menyambut kedatangan Rasulullah. Dalam catatan lain, di negeri Perlis, kesenian ini telah dibawa oleh seorang tokoh Hadrah dari Pulau Pinang berserta dengan tariannya, dan mula berkembang sekitar tahun 1910.
• Majlis perkahwinan
• Majlis menyambut pemimpin
• Baju Melayu
• Baju kebaya
• Kerongsang dan cucuk sanggul kepala
• Sehelai sapu tangan wanita
• Rebana kerincing
• Gendang satu muka atau kompang Hadrah
• Gendang anak
• Gendang ibu berukur lilit 35 inci
Gendang dimainkan secara bertingkah dalam keadaan duduk
• Tok Bomoh akan membuka panggung. Kemudian, lagu berjudul Sanore dimainkan sebagai tanda bermulanya persembahan. Penari akan keluar menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.
• Rentak atau bentuk tarian Hadrah ini sama dengan tarian Melayu Asli. Gerak tari tangan, jari dan badan diayun dengan lembut.
• Satu perkara yang istimewa dalam persembahan ini ialah mengajak orang luar dalam persembahan tarian tersebut. Tradisi ini ‘rasuk’, iaitu apabila orang ramai mula bersemangat untuk turut serta.
• Apabila satu-satu lagu itu berakhir ‘peteri’ akan memberi hormat kepada penonton dengan meletakkan kedua-dua belah tangan rapat dan bertentangan dengan dada.
• Razali Ismail
• Bakar Muhammad (Ketua Kumpulan Hadrah Sri Pauh)
Sumber Rujukan
https://shantitwins.tripod.com/perlis.htm
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4792/
https://geopark.perlis.gov.my/tour-item/hadrah/
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Siti Rohayu binti Muhamad
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS
019-504 0015