Tarian Sanggul Lintang Melaka merupakan tarian tradisional yang berasal dari negeri Melaka (Malacca). Tarian ini berakar umbi dalam budaya Minangkabau, yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang lebih luas di rantau ini. Sanggul Lintang merujuk kepada gaya rambut tersendiri yang sering dipakai semasa persembahan, di mana rambut digayakan dalam sanggul khas, menyerupai "bintang" atau "lintang".
Tarian ini merupakan persembahan yang anggun dan menonjolkan nilai tradisi, adat resam dan keindahan estetika rantau ini. Pergerakan ini dicirikan oleh gerak isyarat yang clembut dan rumit yang sering menyatakan rasa hormat, layanan mesra dan rahmat, dan secara tradisinya dilakukan semasa majlis upacara atau kebudayaan, seperti perkahwinan. Namun ada yang menyatakan Sanggul Lintang adalah hiasan kepala yang digunakan oleh golongan masyarakat Baba dan Nyonya. Sanggul lintang berada di belakang kepala, terdiri atas dua bagian dan diikat di tengah-tengah. Sanggul Lintang diperbuat daripada gabungan tembaga, emas dan suasa ini memang menjadi lambang kemegahan adat resam orang Melayu khususnya ketika istiadat persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu kala.
Pada zaman dahulu, pemakaian sanggul sering dikaitkan dengan keperibadian wanita. Di sinilah letaknya keistimewaan sanggul untuk dandanan rambut di majlis perkahwinan pada zaman dahulu. Di samping itu, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa terdapat lebih pelbagai motif corak bunga yang dijadikan hiasan cucuk sanggul. Antaranya motif corak bunga Senayan, bunga Sundah Belum, bunga Kekwa, bunga Putih Pendek dan bunga Paku Putih Panjang. Kesemua motif corak ini berdasarkan kepada tumbuh-tumbuhan semulajadi yang tumbuh meliar di dalam hutan.Disebakan keunikkan Sanggul Lintang yang luar biasa. Maka wujudlah Tari Sanggul Lintang bagi menunjukkan keindahan Malam Berinai bagi masyarakat Melayu Melaka. Gerak tari ini menunjukkan keceriaan pengantin dan menunjukkan tingginya nilai busana Baju Pengantin Budaya Melaka.
Tarian Sanggul Lintang adalah untuk meraikan gerak tarian pasangan pengantin dan ingin menunjukkan bertapa tingginya nilai baju pengantin yang dikenakan. Fungsi tarian ini juga menjadi simbol raja sehari kerana sanggul yang sering dipakai oleh pengantin perempuan sewaktu acara perkahwinan dan persandingan. Mengikut kepercayaan, setiap lapisan sanggul lintang yang dipakai mewakili nilai tanggungjawab si isteri kepada suaminya.Tarian ini sering kali dipentaskan dalam acara adat, perayaan, dan majlis istiadat.
Antara peranan utama Tarian Sanggul Lintang di Melaka adalah sebagai Simbol Identiti Budaya Melayu Melaka, kerana Tarian Sanggul Lintang adalah sebahagian dari kekayaan warisan budaya Melaka yang memiliki sejarah panjang. Tarian ini mencerminkan kebudayaan Melayu yang kaya dengan nilai-nilai estetika dan tradisi yang diwariskan dari generasi ke generasi. Tarian ini berfungsi untuk mempertahankan identiti budaya masyarakat Melaka. Seterusnya, sebagai pelengkap upacara adat dan perayaan tarian ini sering kali dipersembahkan dalam acara perayaan besar seperti pernikahan, majlis keramaian, dan upacara adat lainnya. Tarian ini berfungsi untuk memeriahkan suasana dan memberi sentuhan keindahan serta keceriaan dalam setiap acara yang diadakan. Bukan itu sahaja, ia juga sebagai simbol Keanggunan Wanita Melayu kelembutan wanita Melayu.
Tarian ini menonjolkan sikap lemah gemalai yang menjadi simbol kecantikan dan keluhuran budi wanita Melayu. Dalam tarian ini, penari sering kali memakai busana tradisional yang menggambarkan kehormatan dan status sosial Tarian ini juga menjadi cara untuk melestarikan budaya tradisional yang telah lama ada di Melaka.
Ciri-ciri utama Tarian Sanggul Lintang, Gaya Rambut (Sanggul Lintang) Gaya rambut unik yang dipakai oleh penari, yang merupakan ciri yang menonjol dalam persembahan ini. "Sanggul" ialah sanggul, sering disusun dengan cara yang rumit dan kemas. Gaya rambut ini bertujuan untuk melambangkan kecantikan dan kewanitaan dalam budaya tradisional Melayu. Pergerakan dan ekspresi tarian ini menampilkan pergerakan yang anggun gerak isyarat lengan dan badan yang lembut, yang melambangkan rasa hormat, keindahan dan keharmonian. Penari sering mengekalkan postur tegak, menyampaikan keanggunan dan ketenangan.
Tarian Sanggul Lintang memiliki ciri khas tertentu dalam hal busana dan peralatan yang digunakan oleh penari. Setiap aksesori sebenarnya membawa maksud tersendiri.Sepertinya, sanggul lintang yang dipakai di kepala wanita dahulu melambangkan sebagai tanggungjawab yang harus dipikul wanita kelak. Disebabkan itu, pada zaman dahulu, sanggul lintang yang digunakan ketika itu sangat berat dan memberi sedikit tekanan kepada si pemakai.
Selain itu, busana yang biasa dipakai oleh penari adalah, baju kurung tradisional perempuan Melayu yang dipakai bersama kain sarung atau selendang. Kain Songket Tradisional yang biasanya berbenang emas atau perak, melambangkan kemewahan dan keanggunan. Songket ini sering dipakai sebagai kain sarung atau selendang dalam tarian ini. Selendang, biasanya dipakai untuk melengkapi pakaian tarian, berfungsi untuk mempercantikkan gerakan. Tudung atau sanggul sebagai elemen penting dalam nama tarian ini, "sanggul" merujuk pada gaya rambut wanita Melayu yang dihias dengan rapi dan elegan. Sanggul atau sanggul lintang adalah cara pengikatan rambut yang membentuk sebuah sanggul besar, memberikan kesan anggun dan formal. Secara keseluruhannya, Tarian Sanggul Lintang merupakan tarian yang indah dan berbudaya yang mencerminkan kesenian dan tradisi masyarakat Melayu, dengan fokus kepada keanggunan, keindahan, dan tradisi.
Peralatan Tarian Sanggul Lintang melibatkan berbagai alat dan bahan yang digunakan untuk mendukung penampilan serta kelancaran gerakan penari.
Antarnya ialah aksesori rambut. Gaya rambut yang diikat besar dan rapi, biasanya dihias dengan aksesori seperti bunga atau hiasan emas. Sanggul merupakan elemen penting yang menjadi ciri khas dalam tarian ini. Bantalan rambut digunakan untuk menambah kekuatan pada sanggul agar lebih besar dan anggun.
Seterusnya, aksesori tambahan seperti bunga atau pin emas yang digunakan untuk mempercantik sanggul, memberikan sentuhan tradisional yang elegan. Sebagai contoh pin rambut digunakan untuk menghias rambut penari, memberikan kesan formal dan anggun. Alat muzik pengiring adalah alatan yang penting bagi mendukung gerakan tarian. Beberapa alat musik yang digunakan termasuklah, gendang, atau drum tradisional yang memberikan ritma dan irama dalam tarian. Serunai, alat muzik tiup yang memberi melodi khas Melayu. Secara keseluruhan, peralatan dalam Tarian Sanggul Lintang bertujuan untuk meningkatkan keindahan visual dan memberikan kesan anggun serta hormat terhadap tradisi budaya Melayu.
Tatacara Tarian Sanggul Lintang merujuk kepada langkah-langkah atau aturan yang harus diikuti oleh penari dalam persembahan tarian ini. Tarian Sanggul Lintang merupakan tarian tradisional Melayu yang memerlukan ketelitian, kelembutan, dan keharmonian dalam setiap gerakan.
1. Persiapan Sebelum Tarian
Pakaian dan Perhiasan: Penari mesti mengenakan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, songket, dan selendang. Pakaian ini harus dipastikan dalam keadaan rapi dan sesuai dengan adat. Penari juga perlu mengenakan perhiasan seperti cincin, gelang, dan bros untuk melengkapkan penampilan mereka.
Penataan Rambut: Sanggul lintang adalah gaya rambut tradisional yang diikat dengan rapi dan besar. Penari juga harus memastikan sanggul dihias dengan aksesori seperti bunga atau pin emas untuk memperindah penampilan.
-
Bahan Bacaan
Zaiton M. R. (2002). Tarian Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (2010). Pengantar Seni Tarian Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.