Pergendangan India, atau lebih dikenali dengan panggilan Urumi Melam yang bermaksud ‘Gendang Urumi’, mula berkembang di negeri Perlis sejak tahun 1987 dan dipelopori oleh kaum India negeri berkenaan. Ia biasanya dipersembahkan di kuil sebagai muzik sampingan bagi upacara keagamaan, upacara menjunjung ‘kavadi’, adat perkahwinan atau meraikan sesuatu sambutan tradisional. Antara peralatan yang digunakan ialah thavil, urumi, pambai dan thalam. Selain daripada itu, pergendangan ini mempunyai beberapa peralatan utama iaitu gendang besar (Tuel) dan gendang kecil (Urete Kadai). Serunai (Nadasorom) juga adalah salah satu alatan tambahan bagi menghasilkan variasi muzik yang menarik.
Jumlah pemuzik mestilah sekurang-kurangnya lima orang kerana memerlukan pukulan gendang yang mantap dan bunyi yang kuat hasil gabungan tenaga mereka. Terdapat empat cabang lagu dan irama dalam muzik ini iaitu Muniswaran, Murugan, Mariyamen, dan Matureveran.
Dipersembahkan di kuil untuk upacara keagamaan dan semasa upacara menjunjung ‘kavadi’. Turut dipersembahkan di majlis perkahwinan dan ketika meraikan sesuatu sambutan atau temasya.
• Dhoti (kain yang menjadi pakaian tradisional lelaki India)
• Jippa merupakan baju tradisional kaum India
• Kurta
• Gendang Tuel dan gendang Uretei Kadai
• Serunai Nadasorom
• Thavil
• Urumi
• Pambai
• Thalam
Seramai sekurang-kurangnya lima orang atau lebih akan bermain gendang untuk menghasilkan kombinasi dan alunan muzik yang kuat. Di samping itu, serunai turut dimainkan untuk membunyikan melodi lagu. Pada asalnya, mereka bermain lagu tradisi India, tetapi kini, kumpulan pergendangan India turut bermain lagu-lagu Melayu sebagai tanda masyarakat majmuk.
-
https://www.scribd.com/document/663166428/Negeri-Perlis
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu di https://www.facebook.com/foimpak
https://rumahseni.jkkn.gov.my/direktori/profil/uI740k8j