Lagu Rakyat tergolong dalam genre muzik yang merangkumi
lagu rakyat tradisional dan kontemporari.
Abad ke-20 menyaksikan
kebangkitan Lagu Rakyat dan menjadi begitu popular di negeri Terengganu,
serta berkembang pesat di sekitar daerah Kuala Terengganu. Lagu Rakyat
merupakan satu contoh tradisi lisan yang menggunakan puisi dan pantun sebagai
liriknya. Lagu Rakyat juga menjadi simbol kepada identiti sesuatu masyarakat
serta negerinya. Lagu Rakyat tradisional ditakrif dalam beberapa cara, antaranya:
muzik yang dihantar secara lisan, muzik dengan komposer yang tidak diketahui,
muzik yang dimainkan menggunakan instrumen tradisional, muzik tentang identiti
budaya atau kebangsaan, muzik yang berubah antara generasi (proses rakyat),
muzik yang dikaitkan dengan rakyat, cerita rakyat, atau muzik yang
dipersembahkan oleh adat dalam jangka masa yang panjang. Takrifan-takrifan ini
membezakannya dengan gaya komersial dan gaya klasik. Antara lagu-lagu rakyat
popular adalah seperti:
- Dendang Nasihat;
- Tikor Seludang;
- Chak Chilik;
- Embun Soksek;
- Kolek Berkolek;
- Itik Gembo Gembo;
- Manis Berladung;
- Wa Timang Landok;
- Anok Udang;
- Zapin Darul Iman;
- Joget Teganu Kite;
- Joget Guane Gamok Orang Kiter;
- Ngambak Ikan;
- Peel Orang Ganu;
- Sapa Situ Seme;
- Musim Booh;
- Dunia Lening;
- Si Burung Murai; dan banyak lagi
Pada zaman dahulu, Lagu Rakyat dipersembahkan dengan menggunakan gendang, rebana, atau tepukan tangan sebagai ritma. Melalui liriknya, generasi terdahulu mendidik anak-anak muda secara turun-temurun tentang nilai budaya dan nasihat. Orang yang mempersembah lagu-lagu rakyat pada ketika itu digelar penglipur lara. Dalam majlis perkahwinan dan perayaan penting, lagu-lagu rakyat mewujudkan suasana kegembiraan dan ceria. Lagu ini menyatukan masyarakat untuk berkumpul meraikan saat-saat bahagia.
Pada
masa kini, Lagu Rakyat Terengganu sering diputarkan di radio dan juga di kaca
televisyen iaitu pada tahun 2002 dan 2003 telah ditugaskan sebagai penyelaras
dan penyelia lagu-lagu dan tarian rakyat untuk program Salam Pantai Timur di
RTM Terengganu. setiap kali program berkonsepkan lagu-lagu rakyat dan warisan
dimainkan. Persembahan lagu rakyat Terengganu juga mengisi permintaan bagi
acara persembahan kesenian dan juga untuk pertandingan nyanyian
- CD (Koleksi lagu rakyat terengganu)
- kaset
- piring hitam
- buku
Di antara penggiat awal Lagu Rakyat ini ialah Tuan Haji Mazlan Embong, Abd. Aziz Sulaiman, Mohd Dzariff Ismail dan Md. Zamani Taha yang ketika itu aktif mencipta lagu dan menulis lirik lagu daerah dan rakyat Terengganu selain dua orang lagi penggubah lagu yang tidak asing lagi di Terengganu iaitu Ramli Muda dan Jantan Ahmad.
Nama
penyanyi, pencipta dan penulis lirik lagu-lagu rakyat Terengganu yang tersohor
sehingga ke hari ini ialah saudara Tn. Hj. Ramli bin Ibrahim yang mula bergiat
aktif sejak tahun 1973 bersama Orkes RTM Kawasan Timur atau kini lebih dikenali
sebagai Radio Malaysia Terengganu FM (RTM Terengganu). Lagu-lagu ciptaannya
banyak dirakam oleh SUKTRA. Berpuluh-puluh lagu ciptaannya yang menggunakan
bahasa dialek Terengganu telah menjadi siulan ramai bahkan telah diterima
sebagai lagu tema program-program khususnya yang berkaitan dengan budaya dan
pelancongan di Terengganu. Beliau juga adalah pengamal dan penyanyi lagu rakyat
yang prolifik serta telah menulis hampir 90% lirik lagu rakyat Terengganu yang
popular di pantai timur.
i.
CD
terbitan oleh JKKN pada tahun 2003 berjudul Dendang Rakyat Terengganu
ii.
CD berjudul
Lagu Rakyat Malaysia.Patendi Patende (t.t) terbitan Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara
iii.
Umi
Abdullah (2003), Dendang Rakyat Terengganu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia
iv.
Laman web
pokdin. (2010), Jom Singgah Terengganu 2010, bazarkt. http://bazarkt.blogspot.com/?m=1
- Anak Burung Baniong
- Ulek Mayang
- Ulek Badang
- Ya Dondang
- Pintal Tali
- Inang Rodat
- Anak Udang
- Ayun Buai Kokek
- Yabani Yabadang
- Watimang Landok
v.
Tokoh:
-Ramli Bin Ibrahim (Tokoh)
-Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Tokoh) -019-9246688
- Tuan Haji
Mustafa Bin Mohd (Cikgu Pa) Penyanyi Lagu Rakyat dan Lagu Asli - 013-9331445