MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK DAN BELIMBING BULUH
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Masyarakat Negeri Sembilan berasal daripada suku Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia, yang mula berhijrah ke sini sejak abad ke-14. Kumpulan masyarakat ini kemudiannya menetap di sembilan kawasan seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat, dan Pasir Besar, lalu membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan.

Dari segi masakan tradisional, Negeri Sembilan terkenal dengan hidangan Gulai Lemak Cili Api atau juga dikenali sebagai "masak lomak lado api." Justeru Gulai Lemak Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dan Belimbing Buluh sangat digemari kerana rasanya yang kaya dan pedas, menjadikannya salah satu makanan ikonik di negeri ini.


Fungsi dan Peranan

Gulai Lemak Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dan Belimbing Buluh  penting bagi masyarakat Negeri Sembilan sebagai lambang identiti budaya, hidangan khas dalam majlis adat, warisan turun-temurun, daya tarikan pelancongan, dan penyatu komuniti melalui amalan gotong-royong.


Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Berikut adalah bahan-bahan untuk Masak Lemak Cili Api Telur Itik dan Belimbing Buluh:

Telur itik 

Belimbing buluh – untuk rasa masam semulajadi.

Santan – untuk kuah lemak yang pekat.

Cili api – ditumbuk untuk kepedasan.

Kunyit hidup – ditumbuk atau dikisar, memberi warna dan rasa.

Serai – diketuk untuk aroma.

Daun kunyit – dihiris halus sebagai penambah rasa.

Garam dan gula – secukup rasa.


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Berikut adalah cara memasak Masak Lemak Cili Api Telur Itik dan Belimbing Buluh:

Sediakan Bahan-Bahan

Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga halus. Ketuk serai dan hiris daun kunyit halus.

Masak Kuah Lemak

Masukkan santan ke dalam periuk bersama cili api, kunyit hidup, dan serai yang telah ditumbuk. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak.

Masukkan Telur Itik dan Belimbing Buluh

Setelah kuah mendidih, masukkan telur itik yang telah direbus dan belimbing buluh. Biarkan masak sehingga belimbing buluh lembut dan telur menyerap rasa kuah.

Perasakan Kuah

Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan hirisan daun kunyit untuk menambah aroma dan cita rasa.

Sedia untuk Dihidang

Apabila kuah sudah pekat dan rasanya sebati, matikan api. Hidangkan Masak Lemak Cili Api Telur Itik dan Belimbing Buluh bersama nasi panas.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan


Azie (2024). Masak Lemak Telur Itik Dengan Belimbing Buluh. Azie Kitchen Online. https://www.aziekitchen.com/2012/06/masak-lemak-telur-itik-dengan-belimbing.html


Nur Nadiah.(2024). Telur Itik Masak Lemak Cili Api. Cook Pad. https://cookpad.com/my/recipes/22591453-telur-itik-masak-lemak-cili-api?ref=search&search_term=telur+itik+masak+lemak


Lokasi