MI UDANG
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Pelbagai tempat di Malaysia menyediakan Mi Udang. Sejak tahun 1970-an dan 1980-an, resepi Mi Udang yang unik telah menjadi terkenal di negeri Perak, terutamanya di bahagian utara dan pantai iaitu di daerah Bagan Serai dan Taiping. Masakan Cina yang datang ke Tanah Melayu membentuk asas Mi Udang. Apabila mi dibuat daripada tepung gandum, udang digunakan sebagai bahan utama.
Mi Udang bukan sahaja dimasak untuk majlis keraian dan sambutan perayaan, tetapi ia juga tersedia sebagai menu di restoran dan kedai makan. Menu Mi Udang yang menarik sesuai untuk penduduk tempatan dan pelancong asing kerana pilihan udang sungai dan laut yang segar.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan:

·         6 ekor udang besar (jumlah bergantung pilihan sendiri)

·         6 ekor udang kecil dibuang kulit

·         2 sudu besar udang kering

·         2 sudu besar cili kisar

·         4 ulas bawang putih

·         6 ulas bawang merah

·         2 biji tomato buah

·         1 biji ubi kentang direbus

·         Garam, gula, serbuk perasa

·         Sos tomato

·         Sos cili

 

Bahan hiasan:

·         Telur rebus

·         Sawi yang dicelur

·         Cili merah dihiris

·         Bawang goreng

·         Daun bawang dihiris

·         Mee kuning dicelur

 

 

Bahan-bahan sambalnya:

·         Cabai melaka/ cili padi

·         Belacan atau digantikan dengan isi ikan tenggiri yang telah dipanggang

·         Garam kasar

·         Gula pasir

·         Sedikit gula perang

·         Sedikit kacang tanah yang telah digoreng

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

1.    Kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

2.    Sementara itu, kisar sehingga halus bahan-bahan ini - ubi kentang yang telah direbus, udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, dan tomato.

3.    Masukkan bahan yang telah dikisar ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.

4.    Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa.

5.    Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong yang dihiris jika mahu. Boleh diangkat dan dihidang.

6.    Ada juga yang memasukkan bebola ikan sebagai bahan perencah mi udang (bergantung kepada selera).

7.    Masukkan mi yang dicelur ke dalam mangkuk dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan-bahan hiasan yang digemari.

Mi udang siap untuk dihidangkan.

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan

a)    Rozdan Mazalan. (14 Julai 2019). Mi Udang Mak Jah ikon Kuala Sepetang. Berita Harian Online. Diambil daripada

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/selera/2019/07/584675/mi-udang-mak-jah-ikon-kuala-sepetang

Isi Kandungan: Kuala Sepetang, Perak nama yang cukup sinonim dengan lokasi bagi masyarakat setempat mahupun pelancong luar untuk minum petang. Namanya saja sudah cukup memberi identiti kepada menu masakan popular mi udang terkenal dalam kalangan masyarakat setempat mahupun pengunjung. Sesiapa yang bertandang ke Kuala Sepetang, tidak lengkap perjalanan andainya tidak singgah untuk minum petang sambil menikmati keenakan mi undang.

b)    Muhammad Fadil. (31 Disember 2016). Makanan Popular di Negeri Perak. Diambil Daripada

https://www.orangperak.com/makanan-popular-di-negeri-perak.html

Isi Kandungan: Apabila anda singgah di Taiping, jangan lupa untuk mencuba Mi Udang Banjir di Kuala Sepetang yang menjadi sebutan.  Kedudukan Kuala Sepetang yang berhampiran dengan Selat Melaka membolehkan ia menjadi syurga makanan laut seperti Mi Udang dan Nasi Goreng Udang. Makanan ini amat senang didapati di gerai-gerai sepanjang jalan Taiping-Kuala Sepetang.

 

ii.    Tokoh (jika ada temu bual tokoh)

a)    En. Dorani bin Mustappa

b)   Puan Salmah binti Omar

Lokasi