Laksa merupakan sejenis makanan mi berkuah yang cukup lazat dan sihat, kerana kaya dengan sumber protein. Hanya dengan sekali hirupan, kuah laksa akan memberikan rasa lemak ikan, pedas, masam, manis, ditambah dengan aroma bunga kantan dan daun kesum yang menyelerakan. Gigitan mi laksa daripada tepung beras yang kenyal-kenyal lembut pula melengkapkan hidangan dengan sumber karbohidrat. Disebabkan itulah, laksa diterima sebagai makanan yang sihat, berbanding hidangan mi yang lain.
Laksa merupakan makanan yang berusul daripada kaum Peranakan. Dipercayai masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang sekitar kurun ke-15, makanan ini mula beradaptasi dengan masyarakat melayu menerusi perkahwinan campur lelaki Cina dan wanita Melayu. Semenjak itulah hidangan laksa kian popular. Cumanya, ketika pedagang Cina memperkenalkan masakan ini, mi laksa dimakan dengan sup kosong. Apabila wanita-wanita Melayu menjadi isteri pedagang-pedagang inilah, maka laksa telah diubah-suai mengikut selera tempatan.
Nama ‘laksa’ sendiri diambil daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘sepuluh ribu’. Sepuluh ribu merujuk kepada kiasan bahan-bahan yang dimasukkan untuk mencipta laksa. Hidangan Laksa Penang yang terkenal dengan pelbagai rencah rasa dalam kuahnya, disajikan pula dengan hirisan timun, daun salad, telur, limau, petis (otak udang) dan cili padi. Di beberapa tempat sekitar Pulau Pinang, laksa dihidangkan dengan hirisan nanas dan daun pudina. Rencah-rencah ini menyebabkan laksa bertambah enak dan sihat. Kerana unik dan lengkapnya hidangan ini, Laksa Penang merupakan satu-satunya makanan dari Malaysia yang dinobatkan kedudukan ketujuh dalam 50 Makanan Terbaik Dunia oleh CNN, disebabkan zat hidangannya lengkap dan rasanya yang lazat.
-
-
● Rebuskan ikan bersama garam dan asam keping. Ikan yang sedap untuk hidangan Laksa Penang ialah ikan sardin/selayang, ikan mabong, ikan kembong (boleh juga menggunakan ikan mengikut selera masing-masing).
● Cili kering
● Asam jawa
● Bunga kantan
● Daun kesum
● Bawang merah/besar
● Serai
● Bahan pelengkap: cili padi, limau nipis/kasturi, nanas, pudina, salad, timun, telur, petis
● Perisikan ikan yang sudah direbus.
● Kisar bawang merah/besar dan cili kering.
● Panaskan periuk, tuangkan bahan kisar dan panaskan atas api sehingga bahan kisar kering.
● Kisar tulang ikan yang telah direbus. Tapis airnya. Kisar isi ikan.
● Apabila cili dan bawang sudah kering di dalam periuk, tuangkan air rebusan ikan, air tapisan tulang ikan serta isi ikan yang telah dikisar. Tambah air sekiranya terlalu pekat.
● Masukkan air asam jawa, garam dan gula untuk seimbangkan rasa.
● Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga mendidih.
● Letakkan mi laksa, tuangkan kuah, ambil bahan pelengkap mengikut citarasa dan sedia untuk dimakan!
-
. Bahan Bacaan
https://katamalaysia.my/culture/laksa-penang-antara-makanan-terbaik-di-dunia/
https://www.scribd.com/document/575782149/Sejarah-Laksa