Nasi Kerabu adalah salah satu hidangan tradisional Malaysia yang berasal dari pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu. Hidangan ini sangat unik kerana menggunakan nasi berwarna biru yang diperoleh daripada pewarna semula jadi bunga telang, serta dilengkapi dengan pelbagai ulam, sambal, ikan atau ayam, dan keropok.
Asal Usul Nasi Kerabu
Berasal dari Budaya Pantai Timur:
Nasi Kerabu dipercayai dicipta oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Terengganu yang menjadikan ulam-ulaman sebagai asas pemakanan harian. Hidangan ini menggambarkan gaya hidup masyarakat agraria yang sangat dekat dengan alam.
Nama "Kerabu":
Perkataan "kerabu" merujuk kepada campuran herba atau ulam-ulaman segar yang menjadi ciri utama hidangan ini. Nasi Kerabu dinamakan sedemikian kerana nasi biru tersebut dihidangkan bersama kerabu atau ulam segar.
Pengaruh Budaya Siam (Thailand):
Hidangan ini juga menunjukkan pengaruh budaya makanan dari Thailand, memandangkan Kelantan dan Terengganu berjiran dengan negara itu. Rasa masam, pedas, dan manis dalam hidangan ini mencerminkan pengaruh tersebut.
Simbol Warna Biru:
Warna biru pada nasi sering dikaitkan dengan bunga telang, yang bukan sahaja memberikan warna tetapi juga dipercayai memiliki khasiat kesihatan.
Ciri-ciri nasi kerabu
Nasi Biru: Pewarna semula jadi daripada bunga telang.
Ulam-ulaman: Daun kesum, bunga kantan, timun, dan sebagainya.
Lauk-pauk: Ikan goreng, ayam bakar, atau daging panggang.
Sambal Kelapa: Parutan kelapa yang dimasak dengan rempah ratus.
Kuah Tumis atau Kuah Ikan: Sebagai pelengkap rasa.
Keropok: Selalunya keropok ikan sebagai tambahan tekstur.
Makanan Harian yang Berkhasiat
Nasi Kerabu kaya dengan nutrisi kerana penggunaan ulam-ulaman seperti daun kesum, ulam raja, dan daun pegaga.
Ia adalah sumber serat, vitamin, dan mineral semula jadi yang baik untuk kesihatan.
Daya Tarikan Pelancongan
Nasi Kerabu kini menjadi salah satu tarikan pelancongan makanan (food tourism), yang menarik pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mencuba hidangan unik ini.
Produk Komersial
Nasi Kerabu turut menjadi salah satu produk komersial utama di Kelantan dan Terengganu, dijual di pasar pagi, restoran, dan gerai tepi jalan. Ia turut menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Bahan-bahan sambal tumis
10 cili kering
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
½ labu bawang putih
½ inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai – ketuk
2 keping asam keping
1 ½ sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak – agak banyak
Bahan-bahan sambal kelapa
1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
Nisan-cincang halus @ gula
Garam secukup rasa
4 batang serai
1 sudu kecik lada hitam-tumbuk
Bahan-bahan solok lada
100g kelapa parut
3 ekor ikan selayang rebus-amik isi dan tumbuk kasar
Cili hijau-belah buang biji
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecik lada hitam ditumbuk
Garam dan gula
Bahan-bahan sambal cili
Sambal Cili
Cili merah
Cili hijau
Cili besar- kalau tak nak pedas
Garam
Gula
Cuka
Bahan-bahan nasi:
4 pot beras
Air secukupnya
Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru- rendam semalaman dan kisar
Serai diketuk
Daun limau purut
Ulam ulaman
Kubis
Taugeh
Kacang panjang
Bunga kantan
Daun serai kayu
Pucuk selon
Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Ikan goreng
Penyediaan sambal tumis
Kisar cili kering, bawang-bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 ½ cawan air. Masukkan santan.
Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai dan asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasa dulu sebelum masukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan boleh tutup api.
Penyediaan sambal kelapa
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata. Masak sekejap supaya tahan lebih lama.
Penyediaan solok lada
Kisar bawang, kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.
Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.
Penyediaan sambal cili
Kisar semua bahan dan hidangkan.
Penyediaan nasi
Masak nasi macam biasa menggunakan rice cooker dengan memasukkan semua bahan.
Penyediaan ulam-ulaman
Ulam dihiris halus dan dihidangkan
Bahan Bacaan
Ahmad, R., & Ismail, Z. (2019). "Nasi Kerabu: Simbol Identiti Budaya Kelantan dan Pelancongan Makanan." Jurnal Warisan dan Makanan Tradisional, 10(1), 45-58.
Razali, M. S., & Karim, N. H. (2021). "Pengaruh Makanan Tradisional Terhadap Sosial dan Ekonomi Masyarakat Pantai Timur." Journal of Culinary Heritage, 5(3), 101-113.
Tokoh (jika ada temu bual tokoh)