ADAT BERDERAI
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

Majlis perkahwinan merupakan salah satu upacara meriah yang dilangsungkan dengan semangat gotong-royong dan kerjasama. Adat berderai merupakan salah satu adat yang sering diamalkan ketika perkahwinan di Kelantan. Berderai merupakan kaedah meringankan beban perbelanjaan pihak pengantin dengan cara timbal balas bantuan kewangan yang diberikan oleh rakan, keluarga atau individu yang terdekat kepada pengantin. Contohnya, sekiranya berderai RM1000 diberikan kepada si A ketika majlis perkahwinannya, maka RM1000 juga akan dikembalikan oleh si A kepada pemberi ketika majlis perkahwinan di pihak pemberi.


Adat yang masih diamalkan oleh masyarakat desa ini menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dan permuafakatan yang masih tebal dalam kalangan masyarakat setempat.

Fungsi dan Peranan

Adat berderai akan meringankan beban tuan rumah dalam persediaan majlis  perkahwinan.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Amaun yang sama akan diberikan kepada pihak pengantin sekiranya pihak pengantin pernah berderai sebelum ini dengan individu tersebut.

Sumber Rujukan

  1. Bahan Bacaan

  2. Tokoh (jika ada temu bual tokoh)

Nik Nor Imanina. (2024, Oktober 6). Komunikasi personal [temu bual]. 

Lokasi
Pautan Google Maps :