Gambar

1

Video

tiada

Pelawat Hari ini

15

Jumlah Pelawat

32

Pengenalan dan sejarah

Gordang Sembilan adalah salah satu cabang seni muzik yang lahir dan popular di negeri Selangor bermula pada sekitar tahun 1980-an.

Fungsi dan Peranan

  1. Upacara Adat dan Ritual: Gordang Sambilan digunakan dalam upacara tradisional seperti perkahwinan, majlis khatam al-Quran, dan acara perasmian untuk mengiringi adat istiadat masyarakat Mandailing.


  1. Pengukuhan Identiti dan Budaya: Persembahan Gordang Sambilan memperkukuh identiti dan warisan budaya masyarakat Mandailing, serta berfungsi sebagai simbol penyatuan dan kebanggaan komuniti.


  1. Hiburan dan Seni Persembahan: Selain fungsi ritual, Gordang Sambilan juga dimainkan sebagai hiburan dalam pelbagai acara kebudayaan, mempamerkan seni tradisional dan kemahiran muzik yang diwarisi turun-temurun...

Busana/ Aksesori

Busana pemuzik tradisional biasanya terdiri daripada Baju Melayu atau Baju Kurung dengan samping, songkok atau tudung, dan kain batik/songket sebagai elemen hiasan tambahan.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Berikut adalah peralatan muzik dalam Gordang Sambilan:

  • Gordang: Deretan 9 gendang utama dengan pelbagai saiz.

  • Serunai: Alat tiupan untuk melodi.

  • Tali-tali: Gendang tambahan untuk irama pelengkap.

  • Gong: Alat logam besar untuk hentakan ritma

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Lazimnya, alat ini dimainkan oleh 10 orang dengan alat utama adalah sembilan buah gendang bersaiz besar dan panjang, selain alatan sampingan seperti gong, cak lempong, sesayak dan seruling. Amnya, Gordang Sembilan dimainkan dalam majlis rasmi kerajaan negeri, adat istiadat istana, dan majlis-majlis berkabung (kerana kesedihan), kesyukuran serta majlis perkahwinan. Irama dan bunyi yang berteraskan alatan muzik gendang dengan cara memukul gendang tersebut adalah suara alam semula jadi. Pada amnya setiap irama yang dihasilkan dipilih oleh para pemain sehinggalah mereka memberi isyarat untuk berhenti bermain


Sumber Rujukan

  1. Bahan Bacaan: 

Jabatan Muzium Malaysia. (2006). Gordang Sambilan. No. Rujukan/Reference No.:  DVD004. http://www.jmm.gov.my/ms/gordang-sambilan


Mutya Hanifah. (2012). Gordang Sambilan yang Juga Diklaim Malaysia. Okezone travel. https://travel.okezone.com/read/2012/06/18/408/649426/gordang-sambilan-yang-juga-diklaim-malaysia


  1. Tokoh (jika ada temu bual tokoh) - Tiada 

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • Roslan bin Ahmad
  • Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Gombak, No.11 Jalan 10, Taman Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
  • 60133366412
  • -
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Ahmad Zaimy bin Mohd Yusoff

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Tingkat 6, Menara Korporat, Kompleks IDCC Shah Alam Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN

03-5543 1654 /1763

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!