Bharatanatyam (ejaan lain: Bharata Natyam) adalah salah satu daripada tujuh tarian Gaya Klasik India. Selain Bharatanatyam, tarian-tarian klasik yang lain adalah Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di Selatan India. Secara tradisional, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh penari wanita. Persembahan yang lengkap merangkumi enam peringkat iaitu Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen-elemen Nritta (tarian tulen) dan Nritya (tarian ekspresi).
Secara harfiahnya, istilah “Bharatanatyam” sendiri berasal daripada gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta” (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatik). Oleh hal yang demikian, tarian Bharatanatyam ialah tarian yang mempunya elemen “seni bercerita” yang berasaskan teks Natyashastra, iaitu sebuah kompilasi teks yang memuatkan seni drama, tarian dan muzik tradisional masyarakat India. Teks ini ditulis oleh Bharata Muni beribu tahun yang lalu. Penari akan menari (tarian tulen atau tradisi India) dengan gerak-geri yang berupaya menyampaikan, menceritakan dan mengekspresikan kisah-kisah yang termuat dalam Natyashastra tanpa suara, tetapi mestilah mantap daripada segi mukhabinaya (ekspresi muka), hastabhinaya atau mudra (ekspresi tangan), netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikhabinaya (gerak keseluruhan tubuh). Penceritaan, ekspresi dan penghayatan dengan gerak keseluruhan indera ini disebut sebagai ‘abhinaya’, iaitu gerak-geri penari Bharatanatyam. Tarian Bharatanatyam ini juga mesti dipersembahkan secara lengkap dengan penguasaan sembilan tingkat emosi yang disebut sebagai ‘Navarasa’. Sembilan emosi itu ialah cinta, gembira, sedih, marah, berani, takut, kebencian, kejutan dan kedamaian.
Menurut sejarah asalnya, tarian Bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, yang telah berikrar tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan gadis devadasi ini membuat persembahan tarian Bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja. Oleh hal yang demikian, sifat asal tarian ini saling berhubung rapat antara budaya dan agama, kerana segala yang ditarikan merupakan ekspresi ‘menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu’, serta cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Tarian ini penuh dengan tradisi ini perlu dicermati, malah untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana setiap deria perlu digerakkan. Demikianlah keistimewaan persembahan tarian warisan lama yang dihormati dan penuh gemilang ini.
• Unsur keagamaan dan kesucian
• Melestarikan budaya yang berhubung rapat dengan kitab kesusasteraan lama
• Daripada sudut seni persembahan, memaparkan keunikan tarian tradisi masyarakat India sejak zaman-berzaman
• Set asas dhoti iaitu seluar kembang bercekak di bawah dan baju kosert di bahagian dalam
• Skirt berlipat seperti kipas
• Ikatan tali berlipat kipas akan dipakai sekali lagi di atas skirt, lalu dipakaikan tali pinggang besi berwarna emas
• Tetampan yang menutupi bahu dan bahagian dada
• Rantai labih dan rantai lilit leher (choker)
• Cincin
• Gelang tangan dan gelang kaki (berloceng sebanyak 40 gelang kiri dan kanan)
• Nathu iaitu subang hidung dan subang telinga panjang
• Hiasan kepala iaitu surya (diletakkan di sebelah kanan) dan chandra (diletakkan di sebelah kiri)
• Malai bunga adalah perhiasan penting untuk melengkapkan bukan sahaja aksesori wanita (penari), tetapi menunjukkan ketertinggian pujaan terhadap Tuhan serta simbol hormat sesama insan. Antara bunga yang akan digayakan ialah:
• Melati, cempaka, kekwa, mawar, melur
• dipersembahkan secara solo oleh penari wanita. Persembahan yang lengkap merangkumi enam peringkat iaitu Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen-elemen Nritta (tarian tulen) dan Nritya (tarian ekspressi). Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi ‘menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu’, dan banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu serta cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra.
• Di Malaysia, Vatsala Sivadas telah dianugerahi Ikon Tarian Bharatanatyam (pengiktirafan sebagai Tokoh Orang Hidup Warisan Kebangsaan pada tahun 2009).
i. Bahan Bacaan:
https://www.youtube.com/watch?v=yd2a5EODeW8
https://www.scribd.com/document/487859695/Kostum-Bharatanatyam