TEATER TRADISIONAL BANGSAWAN
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Sejak bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an, bermulalah satu kegiatan teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan monopoli kegiatan teater di Malaysia selama lebih 70 tahun. Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke Indonesia. Teater bangsawan dipengaruhi dari pementasan teater Wayang Parsi atau Mendu yang melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India ketika dulu. Pada tahun 1870-an, sebuah rombongan drama dari India, dikenali sebagai "Rombongan Wayang Parsi" atau "Mendu," datang ke Pulau Pinang untuk mempersembahkan lakonan mereka. Rombongan ini terdiri daripada pelakon lelaki dan perempuan yang mahir menyanyi, berlakon, dan menari. Teater Bangsawan mencapai zaman kemasyhurannya sekitar akhir tahun 1890-an, dengan memuncaknya bermula pada tahun 1911. Namun, teater ini mengalami kemerosotan pada awal 1940-an sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan mula hilang populariti pada tahun 1950-an. Selepas itu, beberapa kumpulan kecil masih mementaskan Bangsawan dalam majlis kecil secara undangan, tetapi tidak bertahan lama. Pada tahun 1990-an, dengan adanya Panggung Negara dan Istana Budaya, teater Bangsawan mula diterbitkan semula oleh kedua-dua agensi ini untuk memelihara seni budaya negara. Bangsawan kembali aktif dalam usaha melestarikan teater tradisional, di mana persembahannya semakin konsisten di bawah sokongan kerajaan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama melalui program Semarak Bangsawan, yang dimulakan pada tahun 2007 dan berterusan hingga kini.

Fungsi dan Peranan

    1. Hiburan Rakyat:

      • Bangsawan berfungsi sebagai hiburan utama masyarakat, terutama pada akhir abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20, menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik, dan tarian yang menarik minat pelbagai golongan.

    2. Medium Pendidikan:

      • Teater ini menyampaikan cerita-cerita dengan pengajaran moral dan sosial, membantu penonton memahami nilai murni, etika, dan norma budaya yang penting dalam kehidupan seharian.

    3. Pelestarian Seni Tradisional:

      • Bangsawan memainkan peranan dalam mengekalkan seni persembahan tradisional yang mengandungi elemen budaya tempatan, menjadikannya warisan yang bernilai untuk generasi seterusnya.

    4. Pengukuhan Identiti Nasional:

      • Sebagai seni teater tempatan, Bangsawan menjadi lambang identiti dan jati diri masyarakat Malaysia, memupuk rasa bangga terhadap budaya dan warisan negara.

Busana/ Aksesori

  • Hiburan Rakyat:

    • Bangsawan berfungsi sebagai hiburan utama masyarakat, terutama pada akhir abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20, menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik, dan tarian yang menarik minat pelbagai golongan.

  • Medium Pendidikan:

    • Teater ini menyampaikan cerita-cerita dengan pengajaran moral dan sosial, membantu penonton memahami nilai murni, etika, dan norma budaya yang penting dalam kehidupan seharian.

  • Pelestarian Seni Tradisional:

    • Bangsawan memainkan peranan dalam mengekalkan seni persembahan tradisional yang mengandungi elemen budaya tempatan, menjadikannya warisan yang bernilai untuk generasi seterusnya.

  • Pengukuhan Identiti Nasional:

    • Sebagai seni teater tempatan, Bangsawan menjadi lambang identiti dan jati diri masyarakat Malaysia, memupuk rasa bangga terhadap budaya dan warisan negara.

Peralatan/ Bahan-Bahan

  1. Ruang Pentas bersifat  proscenium

  2. Mempunyai Tirai (tirai dewan atau tirai panggung, tirai kumpulan-lambang kumpulan, tirai pertama berlabuh-untuk extra-turn, tirai asas- hiasan dalam ruang istana, hiaslatar dalam hutan,hiaslatar dalam sebuah taman, hiaslatar jalan atau laluan, hiaslatar dalam ruang bilik dan hiaslatar alam dan tirai-tirai hiasan latar. Ukuran tirai kebiasaan 18-20ka lebar dan 7-8 kaki persegi.

  3. Mempunyai Sebing –pemidang pipih utk bahagian di kiri dan kanan pentas. Diperbuat dari kain berbingkai kayu dan didirikan untuk mengadang bahagian set tirai daripada dilihat penonton. Sebing digunakan untuk melindungi pekerja tarik ‘tirai’ atau pelakon yang sedang menunggu gilirian masuik ke dlam sesuatu adegan.

  4. Mempunyai struktur Extra-turn merupakan persembahan selingan semasa pertukaran antara dua babak. Biasanya, slot ini akan diisi dengan persembahan nyanyian dari penyanyi terkenal, akrobatik silap mata, tarian, lawak jenaka, dan sebagainya. Persembahan extra-turn dibuat adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut latar babak-babak tertentu. 

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Struktur Pementasan Bangsawan:


a) Dimulakan dengan aksi prolog persembahan. Kebiasaanya  nyanyian guridam dimunculkan untuk menegaskan latar kisah persembahan. Namun persembahan aksi prolog tidak tetap dan bergantung kepada kreativiti persembahan. 

b) Babak 1: Adegan aksi ini kebiasaannya bermula di Balairong Istana dimana memperlihatkan watak Raja menitahkan kepada para pembesar atas sesuatu konflik yang berlaku di dalam kehidupan cerita tersebut

c) Extra Turn- merupakan persembahan selingan semasa pertukaran antara dua babak. Biasanya, slot ini akan diisi dengan persembahan nyanyian dari penyanyi terkenal, akrobatik silap mata, tarian, lawak jenaka, dan sebagainya. Persembahan extra-turn dibuat adalah untuk memudahkan pertukaran alat-alat pentas mengikut latar babak-babak tertentu. 

d) Babak-babak Kisahan seterusnya yang pertukarannya diselangi dengan persembahan Extra Turn. 

e) Babak akhir persembahan yang kebiasaannya meleraikan klimaks persembahan dengan ucapan titah raja terhadap persoalan moral dan nilai didaktik yang diperoleh dari konflik kehidupan yang terjadi sebelumnya


Tokoh dan Pencapaian

Haji Abdul Rahman bin Abu Bakar, atau lebih dikenali sebagai Rahman B (1935–2022), ialah tokoh besar dalam dunia seni bangsawan Malaysia yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam seni budaya tradisional negara. Bermula seawal usia lapan tahun, beliau aktif dalam dunia bangsawan dan dikenali sebagai seniman serba boleh yang mahir dalam lakonan, nyanyian, penulisan skrip, serta pengarahan. Selain bergelar penggiat seni yang dihormati, beliau juga memainkan peranan penting sebagai pendidik di ASWARA, membimbing generasi muda dalam seni bangsawan. Sumbangan besarnya diiktiraf dengan Anugerah Seniman Negara pada tahun 2004. Pemergiannya pada 2 Mac 2022 dikenang sebagai kehilangan seorang legenda yang memartabatkan seni tradisional Malaysia.

Sumber Rujukan

  1. Bahan Bacaan

Abdul Samad Saleh. (2005).Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan. JKKN. 


Tan Sooi Beng (1993). Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera. UK. Oxford Press. 


Noraza Abdul Aziz: (2004) Biografi Primadona Bangsawan, Aminah Nani. JKKN

Tokoh (jika ada temu bual tokoh)


Lokasi
Pautan Google Maps :