Randai bermaksud "sejenis tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan orang yang berdiri dalam posisi melengkung sambil menyanyi dan bertepuk tangan." Randai adalah salah satu seni budaya masyarakat Minangkabau di daerah seperti Jelebu, Kuala Pilah, dan Mantin. Pada masa lalu, ia sering dipersembahkan semasa pesta menuai padi, majlis perkahwinan, dan upacara adat lain. Namun begitu, persembahan randai di Negeri Sembilan memiliki ciri khas yang berbeza daripada randai di Sumatera Barat. Keunikannya terletak pada gabungan gerak tari silat dengan nyanyian berunsur lagu rakyat, disertai dengan iringan muzik tradisional seperti caklempong, rebana, salung, dan gong. Di samping itu, lagu-lagu yang dimainkan dalam persembahan randai biasanya berasal dari Minangkabau, tetapi kini di Negeri Sembilan, beberapa lagu telah menjadi elemen wajib dalam persembahan randai, seperti "Buka Gelanggangan," "Budu Landai," "Cantik Manis," dan "Anak Bocek." Para pelakon randai dikenali sebagai "anak randai," dan peranan mereka berubah mengikut cerita yang dipersembahkan.
Randai berfungsi sebagai alat pendidikan masyarakat, berperanan sebagai media untuk mengajar generasi muda tentang kekayaan budaya yang mengandung nilai tradisi dan moral. Persembahan randai di Negeri Sembilan merupakan salah satu warisan seni yang unik dan estetika. Tanggungjawab memelihara dan meneruskan tradisi randai adalah tanggungjawab bersama agar seni ini dapat diwarisi oleh generasi masa depan.
Persembahan randai biasanya melibatkan sekitar 20 orang. Pada masa kini, teater Randai dilakonkan oleh ‘anak randai’ yang terdiri daripada lelaki dan wanita, masing-masing mengenakan pakaian tradisional masyarakat Minangkabau. Mereka turut memakai seluar longgar yang berfungsi menghasilkan bunyi tepukan semasa bergerak, menambah elemen ritmis dalam persembahan. Secara asasnya, Busana pemain teater randai
Baju Tradisional Minangkabau - Baju dari budaya Minangkabau yang diubah ansur kepada bentuk busana secara kekinian.
Seluar Longgar - Memudahkan pergerakan silat.
Tengkuluk atau Tanjak - Penutup kepala tradisional.
Samping atau Kain - Dipakai di pinggang untuk melengkapkan busana.
Peralatan muzik asas dalam teater randai:
Caklempong – Alat muzik tradisional berbentuk gong kecil.
Rebana – Gendang yang menghasilkan irama ritmis.
Salung – Seruling tradisional yang menambah melodi.
Gong – Alat besar yang menghasilkan bunyi bergaung untuk menandakan tempo.
Akordeon atau Organ – Mengiringi persembahan dengan melodi tambahan.
Biasanya, persembahan randai melibatkan sekurang-kurangnya 20 orang pemain. Para pelakon atau "anak randai" akan mengenakan pakaian tradisional Minangkabau serta seluar longgar untuk menghasilkan bunyi tepukan semasa bergerak. Persembahan randai juga dimulakan dengan ucapan yang berfungsi sebagai pengantar, di mana randai dikenali sebagai teater tradisional rakyat Minangkabau. Persembahan ini sarat dengan dialog berbentuk perumpamaan, kiasan, dan gaya berbahasa khas yang disampaikan secara berirama dalam bentuk cerita atau kisah, yang disebut "kaba" dalam dialek Minangkabau. "Kaba" ialah naratif cerita, manakala "bakaba" adalah istilah untuk seni bercerita. Oleh itu, randai membantu penonton memahami jalan cerita melalui unsur-unsur seni ini.
Encik Kamarul bin Ibrahim dianugerahkan Anugerah Penggiat Seni Tari tahun 2013 oleh JKKN Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang pengarah berpengalaman dalam bidang teater, muzik, dan tari, dengan 52 tahun pengalaman mengadakan persembahan di peringkat dalam dan luar negara