Gendang Panjang
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Gendang Panjang adalah sejenis muzik pergendangan yang sinonim dengan masyarakat Thai atau yang berketurunan Siam. Kesenian ini telah dibawa ke Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak, sejak lebih 30 tahun lalu dan terus diamalkan dalam kalangan masyarakat berketurunan Siam setempat.

Fungsi dan Peranan

Gendang Panjang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat keturunan Siam di Pengkahlan Hulu Perak, khususnya dalam konteks sosial, budaya, dan keagamaan. Muzik ini sering dipersembahkan sebagai elemen utama dalam pelbagai majlis keramaian, termasuk perarakan pengantin, yang melambangkan keriangan dan keberkatan dalam upacara perkahwinan. Selain itu, Gendang Panjang digunakan dalam perarakan menyambut para pembesar, di mana irama yang dimainkan bertujuan menunjukkan penghormatan dan meraikan kehadiran tetamu kehormat.


Di samping itu, alat muzik ini turut berperanan penting dalam acara keagamaan masyarakat Siam, seperti sambutan perayaan Songkran atau upacara di kuil, di mana iramanya membantu mewujudkan suasana khusyuk dan menyemarakkan nilai spiritual. Fungsi lain Gendang Panjang adalah sebagai medium komunikasi budaya, yang bukan sahaja menyatukan komuniti tetapi juga memperkenalkan identiti tradisi masyarakat Siam kepada generasi muda dan khalayak luar.


Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Persembahan gendang panjang ini dimainkan oleh golongan lelaki dengan memalu gendang yang mempunyai satu muka paluan sahaja dan gendang ini akan digantung di badan mereka dengan menggunakan tali untuk bebas bergerak ketika mengadakan persembahan. Persembahan ini memerlukan ramai pemalu gendang supaya bunyi yang dihasilkan mantap dan bertingkah.


Lagu-lagu yang dimainkan ialah Loy Khratong, Rambong, Caca dan Lagu Gendang Panjang. Dalam acara perarakan menyambut pembesar lagu-lagu Loy Khratong dan Rambong sering dimainkan, manakala pada majlis perarakan perkahwinan lagu-lagu pilihan ialah Caca dan Lagu Gendang Panjang.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan

Malm, W. P. (1979). Music in Malaysia. The World of Music, 21(3), 6-18.


Ross, L. (2013). How “Traditional” are So-Called Traditions?: Three Case Studies of Malayan Folk Performance. Jurnal Pengajian Melayu, 23, 99-131.


Tassanawongwara, C. (2018). Performing Identity Through the Klong Yao Tradition Among the Siamese Community of Perlis, Malaysia (Master's thesis, University of Malaya (Malaysia).


Tassanawongwara, C., & Hussin, H. (2019). Klong yao and the Performance of Minority Identity in the Siamese Community of Perlis, Malaysia. Malaysian Journal of Music, 8, 1-18.


Tokoh (jika ada temu bual tokoh)

Prawat a/l Din Cheeron. Kumpulan Kesenian Siam (The Siamese Arts Group), K.24, Kampung Tasek, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.


Lokasi
Pautan Google Maps :