Sambal hitam belimbing buluh merupakan makanan tradisi yang diwarisi
sejak turun-temurun. Ia sangat popular di negeri Pahang khususnya di
daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub kerana memiliki keistimewaan rasanya yang
tersendiri.Pada zaman dahulu, sambal hitam ini dicipta agar makanan
itu boleh bertahan bagi tempoh yang lama.
Belimbing
Buluh (averrhoa bilimbi) atau juga dipanggil sebagai belimbing
asam ialah sejenis buah yang secara natifnya berasal dari Malaysia. Buah
belimbing ini berbentuk bulat silinder yang kecil atau seakan bersegi panjang
dengan warna hijau muda ketika muda dan sedikit kekuningan apabila telah
matang. Belimbing buluh tumbuh merimbun di dahan dan rasanya sangat masam
jika dimakan begitu sahaja. Ia juga sesuai untuk dijadikan bahan
masakan atau diproses menjadi produk lain. Buah yang hampir masak biasanya
digunakan sebagai penyedap rasa masakan. Ia juga dijadikan sebagai ramuan
sambal pencecah ketika memakan ulam-ulaman tradisional. Bukan
itu sahaja, sambal ini juga terkenal oleh kerana proses pembuatannya yang unik.
Belimbing
direbus hanya menggunakan garam kasar dan memakan masa hampir satu hari untuk
dijadikan belimbing hitam. Sebab itulah sambal ini dinamakan sambal hitam
kerana belimbing buluh yang tadinya hijau akan berubah warna menjadi kehitaman.
Pada zaman dahulu, mengikut kaedah
masakan tradisional, belimbing buluh yang berwarna hijau direbus di dalam tin
minyak menggunakan kayu api.
Selain boleh dijadikan perisa dalam makanan, Sambal Hitam
Belimbing Buluh enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan
seumpamanya. Bahan-bahan utama dalam penghasilan sambal hitam ialah belimbing
buluh dan ikan bilis. Proses pembuatannya
boleh dikatakan memakan masa yang panjang dan agak rumit. Memasak sambal hitam
belimbing buluh memerlukan ketelitian dan masa yang panjang supaya mampu
bertahan lebih lama untuk dinikmati. Keenakan Sambal Hitam Belimbing Buluh ini
telah menarik penggemar dari luar untuk datang ke negeri ini semata-mata untuk
menikmatinya.
·
1/2 cawan belimbing hitam
·
3 ulas bawang putih
·
3 ulas besar bawang merah
·
1/2 cawan cili padi/lada
·
1 inci kunyit hidup/ serbuk kunyit secukup rasa
·
2
cawan ikan bilis yang telah disiang
·
Garam secukup rasa
·
Bahan perasa secukupnya
· 1 cawan minyak/
secukupnya
1.
Masukkan
cili padi. Kacau.
2.
Masukkan
ikan bilis yang ditumbuk. Kacau.
3.
Kacau
perlahan-lahan dari semasa ke semasa. Setelah separuh garing, tambahkan garam,
bahan perasa dan kunyit hidup/ serbuk kunyit secukupnya.
4.
Masukkan
belimbing hitam.
5.
Teruskan
proses mengacau tanpa henti supaya tidak hangus. Setelah garing dan warna
bertukar hitam, ia akan menjadi agak kering dan garing.
6.
Setelah
garing boleh ditutupkan api dan dibiarkan sejuk.
7.
Sedia
dihidangkan atau boleh disimpan dalam bekas yang sesuai (sambal ini boleh
disimpan lama).
a) Azizah binti Mohamad
i. Bahan Bacaan
Professor Dr. Haji Mohd. Salehuddin Mohd Zahar. (2022). Bab
Dalam Buku Siri 1 : Pelestarian Warisan Makanan Tradisional Melayu. Kuala
Lumpur : Jabatan Warisan Malaysia.
Tengku Puan Pahang. (2005). Air Tangan Tengku Puan Pahang
Masakan tradisional Pahang. Pahang : Lembaga Muzium Negeri Pahang
M.Anem.
(2015). Belimbing Buloh – Sambal Hitam : blogspot: muat turun pada 18 Januari
2015 daripada
https://animhosnan.blogspot.com/2015/01/belimbing-buloh-sambal-hitam.html