KEK LAPIS SARAWAK
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kek Lapis Sarawak sememangnya telah menjadi begitu sinonim dengan budaya warisan kulinari masyarakat Melayu di negeri ini. Pada asalnya merupakan hidangan istimewa pada Hari Lebaran setiap tahun kini telah menjadi hidangan harian yang boleh didapati di kedai-kedai kek di bukan sahaja di negeri Sarawak, malah boleh didapati di Semenanjung Malaysia khususnya di ibu negara Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan asas bagi menyediakan kek lapis termasuklah tepung gandum, susu pekat manis, gula kastor, putih telur dan kuning telur, mentega tanpa garam, susu sejat, sapuan keju, golden syrup, ovalette iaitu penstabil dan pengemulsi kek, garam dan perasa tambahan lain mengikut cita rasa masing-masing. 

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah pukul mentega, susu sejat, sapuan keju, garam dan golden syrup di dalam sebuah bekas sehingga kembang dan menjadi adunan sebati. Setelah itu, masukkan tepung gandum dan gaul beberapa ketika untuk memastikan adunan tepung ini menjadi benar-benar sebati. Langkah berikutnya pukul putih dan kuning telur, gula kastor dan ovalette sehingga menjadi adunan cair yang pekat. 


Setelah semua adunan siap disediakan, langkah berikutnya ialah menyediakan alatan dan bekas untuk memasak kek. Sediakan alas acuan kek berbentuk segi empat berukuran sembilan inci yang diperbuat daripada kertas kek dan sapukan sedikit minyak di dalamnya. Setelah alas kek berjaya diletakkan dengan sempurna, masukkan satu bahagian adunan kek dengan perlahan ke dalam acuan dan kacau untuk meratakannya. Bakar lapisan pertama ini di dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke 220 darjah Celsius selama tiga hingga empat minit atau sehingga lapisan kek menjadi warna perang keemasan.


Setelah itu, keluarkan acuan lapisan pertama tersebut dari ketuhar dan tekan kek dengan perlahan permukaan lapisan tersebut untuk memampatkannya. Bahagian bucu lapisan kek perlu diratakan untuk mengelakkan bentuk kek terherot di samping mengelakkan adunan cair lapisan kedua akan memasuki ruang tersebut. Ulangi proses menuang adunan kek untuk lapisan yang berikutnya dan diikuti dengan membakarnya sehingga kesemua campuran kek habis digunakan. Setelah selesai semua lapisan kek dibakar, kek lapis yang baru siap perlu disejukkan di atas rak dawai. Langkah ini bagi mengelakkan kek berwap sehingga mudah bercendawan selain lebih tahan lama dan lebih enak dimakan.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan

Nor Asiah Tajul Urus. (2012). Sarawak layer cake: a step by step guide to making Sarawak’s signature multi-layered cakes. Marshall Cavendish Cuisine.

Rabiah Amit. (2003). Kek lapis Sarawak. Utusan Publications.


Lokasi