MUZIK TRADISIONAL GENDANG PERLIS
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Pada zaman dahulu, Gendang Perlis dimainkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau majlis-majlis keramaian. Mengikut sejarah, muzik Gendang Silat asalnya dimainkan ketika temasya laga kerbau dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syafii (1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (1905-1943). 

Fungsi dan Peranan

        Gendang Perlis masih dipersembahkan dalam acara keramaian melibatkan jemputan kerabat Raja Perlis dan juga dalam acara-acara keramaian rakyat. Kini, Gendang Perlis dipalu tidak lagi untuk acara berlaga kerbau, tetapi untuk mengiringi dua orang pesilat yang bersilat sambil berjenaka di dalam acara keramaian rakyat.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Dua orang pemukul gendang masing-masing memukul gendang ibu dan gendang penganak menggunakan kayu yang berbentuk melengkung. Gendangnya pula lebih kecil daripada gendang silat. Pada masa kini, alat muzik Gendang Perlis telah ditambah dengan memasukkan bunyi serunai. 

Lokasi