MASAKAN TRADISIONAL PULUT KUKUS IKAN MASIN

Makanan Tradisional

Gambar

26

Video

ada

Pelawat Hari ini

4

Jumlah Pelawat

72

Pengenalan dan sejarah

Pulut Kukus lkan Masin atau ikan kering ini amat popular di negeri Perlis dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia. la merupakan menu sarapan utama bagi penduduk-penduduk di negeri Perlis.

Hidangan ini merupakan hidangan pulut yang telah dikukus dan ikan kering atau ikan masin yang digoreng. Kebiasaannya, ikan masin gelama dan tamban menjadi pilihan. Pulut ini akan bertambah sedap apabila dimakan bersama kelapa parut atau disebut sebagai nyok dalam loghat utara.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan:

·         1 cawan beras pulut

·         1/4 cawan air

·         2 ekor ikan gelama masam / ikan tamban

·         1 biji bawang besar dihiris

·         2 tangkai cili kering dipotong

·         4-5 tangkai cili api dipotong

·         1/4 cawan kelapa parut

·         1/2 sudu teh garam

·         Secubit gula

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Cara penyediaan:

1.    Pulut dibersihkan dan dikukus.

2.    Goreng ikan masin sehingga garing.

3.    Goreng bawang, cili kering dan cili padi.

4.    Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus dalam 5 minit.

5.    Apabila pulut siap dikukus, campurkan sedikit garam dan gula, dan boleh dihidangkan.

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
  • RUSNAH BINTI HUSSAIN
  • Kg. Guring Tengah Kurong Anai, Arau, Perlis
  • +60175513045
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Siti Rohayu binti Muhamad

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis
Kompleks JKKN Perlis Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar PERLIS

019-504 0015

Kembali Ke Atas