RENDANG TOK
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Rendang Tok merupakan salah satu daripada makanan tradisional yang popular di negeri Perak. Resipi Rendang Tok dicipta oleh pemerintah kerajaan Perak pada satu masa dahulu. Dipercayai bahawa hanya keluarga Diraja ini yang memiliki kemampuan untuk mendapatkan rempah-rempah mahal yang menjadi bahan-bahan penyediaan Rendang Tok. Kini, Rendang Tok di komersilkan dan menjadi hidangan yang popular khususnya di Kuala Kangsar. 

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan:

·           1kg daging

·           10 ulas bawang merah dikisar halus

·           5 ulas bawang putih dikisar halus

·           3cm lengkuas ikisar halus

·           3cm halia dikisar halus

·           5 batang serai dikisar halus

·           5 sudu cili giling dikisar halus

·           Sedikit kunyit dikisar halus

·           2 helai daun kunyit dihiris halus

·           1 sudu makan ketumbar disangai dan dikisar halus

·           1 sudu makan jintan manis disangai dan dikisar halus

·           1 sudu makan jintan putih disangai dan dikisar halus

·           1kg santan pekat

·         50gram gula Melaka

·         3 sudu makan kerisik

·         15ml air asam jawa

·         Garam secukup rasa

 

Bahan tumis:

·         2 batang kayu manis

·         4 kuntum bunga lawang

·         5 batang bunga cengkih

·         6 biji buah pelaga

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

1.    Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar. Kemudian perap semalaman.

 

2.    Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.

 

3.    Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.

 

4.    Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.

 

5.    Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.

 

6.     Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan

a)    Nor Hatina. (9 Mei 2015). Rendang Tok. Berita Harian Online. Diambil Daripada

https://www.bharian.com.my/bhplusold/2015/05/53786/rendang-tok

Isi Kandungan: Jika dulu rendang Tok hanya boleh dinikmati oleh kerabat diraja dan orang kenamaan, kini ia menjadi hidangan untuk segenap lapisan. Ia sarat pelbagai rasa, pedas dan manis membuatkan penggemarnya menjadikan hidangan ini bukan saja dapat dirasai pada pagi Syawal, tetapi pada hari biasa.

 

b)    Has. (22 April 2022). Resipi Rendag Tok Negeri Perak. Rasa.my. Diambil Daripada https://www.rasa.my/resipi-rendang-tok-negeri-perak-ini-cara-membuatnya/

Isi Kandungan: Rendang Tok, nama rendang ini selalu meniti di bibir penggemar selera tradisional. Ia cukup terkenal di negeri Perak dan kini populariti makanan itu sudah menjalar di seluruh negara. Rendang Tok sedap dimakan bersama lemang, ketupat nasi, ketupat mulut dan nasi putih. Ratah begitu sahaja pun sedap. Kaedah memasak Rendang Tok, ia dikacau sehingga kering dan bertukar menjadi warna hitam.

 

 

ii.    Tokoh (jika ada temu bual tokoh)

a)    Norashah binti Ibrahim

b)   Ahmad Rosly bin Abdul Aziz

Lokasi