PENCUCI MULUT KEBEBE
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

 Kebebe merupakan sejenis makanan tradisional yang dipanggil kebebe dikatakan telah wujud selama lebih seratus tahun. Makanan tradisional ini hanya terdapat di Hulu Perak iaitu Lenggong dan Gerik. Dahulunya, kebebe ini dimakan ketika badan berasa panas atau orang Perak panggil istilahnya ‘dedor’ dan apabila dimakan boleh melegakan rasa untuk demam. Boleh dikatakan kebebe ini adalah sejenis perubatan untuk orang-orang dahulu.  Kebebe ini terdiri daripada tujuh jenis bahan dan mempunyai rasa masam, kelat dan pahit. Bahan utama untuk membuat Kebebe ialah buah cermai, belimbing buluh, jantung pisang, buah nenas, jambu batu, putik Nangka dan buah kelempung. Sebagai tambahan, bahan-bahan untuk menghasilkan kebebe ditumbuk menggunakan lesung kayu.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan buah-buahan:

·         Buah cermai

·         Belimbing buluh

·         Jantung pisang

·         Buah nenas

·         Jambu batu

·         Putik nangka

·         Buah kelempung

 

  Peralatan

·         Lesung kayu

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan


Cara-cara membuatnya:

 

1.    Masukkan cili kecil dan belacan di dalam lesung kayu. Tumbuk sehingga hancur.

2.    Kemudian masukkan bahan-bahan kasar terlebih dahulu seperti putik nangka, buah kelempung dan jambu batu. Tumbuk sehingga hancur satu persatu.

3.    Selepas itu, masukkan pula buah cermai, jantung pisang dan belimbing buluh. Sama juga kaedahnya tumbuk sehingga hancur.

4.    Bahan terakhir masukkan buah nenas. Buah nenas dimasukkan bahan terakhir kerana mempunyai banyak air.

5.    Setelah itu, baru memasukkan garam dan gula. Kemudian diratakan.

6.   Makanan Kebebe siap sedia untuk dinikmati. Orag dahulu memakannya beralaskan kelopak jantung pisang.

Tokoh dan Pencapaian

Mohd. Razli bin Ahmad

Beliau aktif memperjuangkan seni dan budaya masyarakat Patani di Lenggong, Perak. Menjadi rujukan Seni dan Budaya masyarakat Patani di Perak. Makanan Tradisi Patani di Perak dilestarikan di acara - acara rasmi dan majlis keramaian.

Sumber Rujukan

  i.      Bahan Bacaan

a)    Dj Dolasoh. (13 Januari 2016). Kebebe resipi tradisional Lenggong. Berita Harian Online. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/01/113723/kebebe-resipi-tradisional-lenggong

Isi Kandungan: Dikategorikan sebagai 'makanan penyelamat' kebebe diperbuat daripada 13 bahan dan mempunyai rasa bercampur pahit, kelat, manis, masin dan pedas itu, didakwa mampu menghilangkan rasa mual selepas mengambil terlalu banyak makanan.

b)    Ili Aqilah. (27 Oktober 2023). Spotlight on little-known Lenggong delicacies. The Star. Diambil daripada https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2023/10/27/spotlight-on-little-known-lenggong-delicacies

Isi Kandungan: “Kebebe is made from cermai (Phyllanthus acidus), guava, pineapple, bird’s eye chillies, kelempong (Ficus auriculata lour), banana blossom, and jackfruit pistil. “It is not easy to get these ingredients. Cermai is a seasonal fruit while the kelempong is difficult to find.“This delicacy used to be a staple tea-time snack and the host and guests would sometimes make the dish together,” he said.

c)    (19 Januari 2016) Kebebe dihidupkan semula. My Metro. Diambil daripada https://api.hmetro.com.my/node/108301

Isi Kandungan: Kebebe adalah sejenis makanan tradisional kegemaran orang zaman dulu kala yang dipercayai lebih 200 tahun lalu dibuat menggunakan 13 jenis bahan yang terdapat di kampung. Sajian ini bukan saja sinonim dengan majlis kenduri-kendara kerana ia dihidangkan kepada para tetamu selepas menjamu selera sebagai pencuci mulut, tetapi juga sebagai makanan santai pada waktu petang.

 

ii.    Tokoh (jika ada temu bual tokoh)

a)    Mohd. Razli bin Ahmad

b)    Noorhashimah Binti Zainal Abidin

Lokasi
Pautan Google Maps :