Nasi Kandar adalah hidangan popular yang berasal dari
Pulau Pinang dan dahulunya dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India.
Makanan ini disajikan dengan kepelbagaian lauk-pauk masakan kari dan hidangan
sampingan. Perkataan Nasi Kandar berasal daripada perlakuan penjaja nasi yang
menjinjing (mengandar) kayu panjang di bahu.
Pada kedua-dua hujung kayu berkenaan, tergantung dua bekas yang
mengandungi nasi dan lauk-pauk. Terdapat cerita yang menyatakan bahawa Nasi
Kandar merupakan makanan harian yang cepat dan mudah untuk pekerja-pekerja
buruh Pelabuhan Weld Quay di Pulau Pinang yang dibina sebagai pelabuhan
antarabangsa utama di Pulau Pinang.
Nasi untuk dijadikan Nasi Kandar, biasanya mempunyai bau
tersendiri, diletakkan dalam bekas kayu berukuran kira-kira tiga kaki tinggi.
Hidangan Nasi Kandar dilengkapi dengan lauk-pauk daging, ayam goreng, limpa
kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur pula
biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari
dituang pada nasi dan dipanggil kuah 'banjir' yang memberikan kepelbagaian rasa
pada Nasi Kandar.
Pada hari ini, perkataan Nasi Kandar kelihatan tertera di kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Contoh bahan-bahan masakan kuah kari ayam:
- ½ ekor ayam dipotong dan dibersihkan (gaul dengan serbuk
kunyit)
- 1 biji
bawang besar dihiris (untuk tumis)
- 1 ½ sudu besar pes halia dan bawang putih
- 1 biji
tomato
- 2 biji
cili hijau dibelah dua
- 2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari
- ½ cawan santan pekat (jika perlu)
- 2-4 biji kentang sederhana besar dipotong dua.
- ½ ml air atau mengikut kepekatan yang diperlukan. 3
sudu besar minyak masak untuk menumis.
- Garam
secukup rasa.
Rempah
ratus yang digunakan:
- 4 sudu besar serbuk kari ayam/ daging babas
- 1
keping kayu manis 2 inci
- 1
kuntum bunga lawang
- 2 biji
buah pelaga
- 2
kuntum bunga cengkih
- 1 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
- 1 sudu
besar serbuk cili
- 1 sudu
besar serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil garam masala
Cara penyediaan lauk-pauk Nasi Kandar:
Nasi
Kandar selalunya adalah nasi putih yang ditanak atau dikukus, atau lain-lain
jenis nasi seperti nasi minyak, nasi biryani, nasi kuning dan sebagainya.
Lauk-pauk
Nasi Kandar terdiri daripada pelbagai masakan kuah kari atau kuah masak hitam
kicap dengan pelbagai jenis ikan, ayam, daging lembu atau kambing. Ia boleh juga dimakan bersama lauk-pauk ikan, ayam, paru,
udang, sotong, peria yang digoreng rangup serta telur rebus dan telur asin.
Kacang bendi rebus juga turut dihidangkan sebagai ulam.
Cara memasak gulai kari atau kuah kicap adalah seperti
berikut:
Kuah kari atau kicap:
- Kisarkan bahan rempah ratus dan tumis.
- Masukkan daun kari.
- Apabila sudah garing, masukkan rempah ratus kari daging, serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak (untuk kuah kari).
- Kemudian masukkan air, kentang dan biarkan mendidih.
- Apabila kentang sudah separuh lembut, masukkan potongan tomato, cili, bawang besar.
- Masukkan kicap manis, kicap masin, sos cili dan sos tomato (untuk kuah kicap hitam)
- Sedia dinikmati.
i. Bahan Bacaan :
Hameediyah, Penang’s Older nasi kandar restaurant still
going strong, New Strait Times On
Line, Balvin Kaur, August 20, 2019
Asal Usul Nasi Kandar, Hafiz Ahmad, lobakmerah.com