KUIH TRADISIONAL APAM JOHOL
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Apam Johol dikatakan berasal dari daerah Johol, Negeri Sembilan berikutan ramai pengusaha dan pembuatnya berasal dari kawasan ini. Kuih tradisi ini juga dikenali sebagai Apam Daun Rambai kerana ia dibalut menggunakan daun rambai yang memberikan aroma yang lebih wangi.

        Apam Johol biasanya diperbuat daripada tepung beras, ragi atau ibu roti mauripan, santan dan gula merah yang menjadikannya gebu, lembut dan tidak terlalu manis. Ia sesuai dimakan bersama sambal, rendang, bubur kacang, kuah gulai daging, dan kuah durian.

Peralatan/ Bahan-Bahan

·         Daun rambai secukupnya

·         300 gram tepung gandum

·         2 sudu marjerin

·         100 gram gula merah/gula enau (larutkan dengan 1 1/2 cawan air)

·         2 sudu besar gula pasir

·         1/2 bungkus ibu roti mauripan

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

1.  Satukan marjerin dengan tepung sehingga sebati.

2.  Kemudian masukkan ibu roti dan gula pasir ke  dalam tepung.

3. Tuangkan larutan gula melaka/ gula enau yang telah ditapis ke dalam adunan sedikit demi sedikit.

4. Bancuhan adunan jangan terlalu cair. Perap adunan 30 minit sehingga naik dua kali ganda.

5. Pastikan daun rambai dibersihkan sebelum digunakan untuk membungkus adunan apam.

6. Sebelum dibalut dengan daun rambai, permukaan daun hendaklah disapukan sedikit minyak masak kemudian baru diletakkan adunan bancuhan.

7. Letakkan 3/4 penuh adunan pada daun dan lipatkan penjuru daun. Ini kerana adunan akan mengembang apabila dikukus.

8. Kukus kuih selama 20 minit atau sehingga masak dan sedia dihidangkan.

Sumber Rujukan

i.      Bahan Bacaan

ii.    Tokoh: Puan Hamidah Binti Karim (Pengusaha Apam Johol)

Lokasi