Asam Pedas adalah masakan yang sinonim dengan negeri Melaka. Masakan Asam Pedas bukan sahaja terdapat di Melaka malah turut digemari oleh orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Namun, terdapat perbezaan dari segi rasa dan tekstur disebabkan oleh penggunaan cara dan bahan bagi menghasilkan asam pedas mengikut selera dan identiti setiap negeri (Hidayatul Akmal Ahmad, 2018).
Dinamakan Asam Pedas kerana
kombinasi antara rasa masam dan pedas dalam masakan ini. Asam Pedas Melaka
merupakan masakan tradisi warisan sejak zaman berzaman. Kunjungan ke negeri
Melaka tidak lengkap sekiranya tidak menikmati masakan Asam Pedas. Rasa enak
dan pedas inilah yang menjadi identiti Asam Pedas Melaka yang menjadi kegemaran
ramai.
Bahan-bahan masakan:
1 ekor ikan jenahak
(jenis ikan terpulang
kepada cita rasa)
4 sudu minyak masak
4 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
sedikit lada hitam
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit halba
15 hingga 20 tangkai cili
kering (dikisar)
1 mangkuk air asam jawa
3 batang serai (dititik)
sedikit gula melaka
sedikit belacan
daun limau purut
bendi (bergantung cita
rasa)
2 cawan air (bergantung keperluan)
Bahan-bahan dikisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit hidup
Lada hitam
Jintan manis
Jintan putih
Belacan
Cara penyediaan:
1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Setelah minyak panas, masukkan
halba, bawang besar, bawang putih serta halia yang telah dihiris. Seterusnya
masukkan serai yang telah dititik.
3)
Tunggu sehingga kekuningan kemudian masukkan
bahan-bahan yang dikisar halus tadi.
4)
Masak sehingga bahan yang telah dikisar itu
garing dan naik minyak.
5)
Kemudian masukkan cili yang telah dikisar. Tunggu
sehingga cili betul-betul garing dan naik minyak.
6) Setelah cili garing masukkan air
asam jawa. Tunggu sehingga mendidih.
7)
Setelah mendidih, masukkan garam, gula melaka
dan daun limau purut.
8)
Masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
9)
Kemudian masukkan asam jawa, mengikut
kepekatan kuah yang anda mahukan.
10) Akhir
sekali masukkan bendi yang telah dipotong.
11) Masakan Asam
Pedas telah sedia dihidangkan.
i.
Bahan
Bacaan
Hidayatul Akmal
Ahmad. (18 Januari, 2018). Asam Pedas
Asli Melaka. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2018/01/307750/asam-pedas-asli-melaka
ii.
Tokoh (jika
ada temu bual tokoh):
Mohamed bin
Hassan. (2023). Pengusaha Restoran Che’ Ad Asam Pedas Melaka. Temubual pada 21
September 2023.
Cheah binti Omar. (2023). Pengusaha Restoran
Che’ Ad Asam Pedas Melaka. Temubual pada 21 September 2023.