Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
TARIAN RONGBANG CHETTI
Seni Persembahan >Tarian
Gambar
28
Video
ada
Pelawat Hari ini
96
Jumlah Pelawat
1799
Pengenalan dan sejarah
Tarian Chetti yang popular adalah tarian joget
dengan iringan lagu-lagu yang bersesuaian dan menggunakan dialek bahasa Chetti,
antaranya seperti Joget Ronggeng. Tarian Rongbang Chetti telah diolah menjadi
satu karya kreasi baharu beridentitikan etnik Chetti di Melaka, yang berasaskan
tarian Joget Ronggeng Chetti.
Rongbang Chetti bermaksud Ronggeng Bangsa
Chetti yang di diilhamkan daripada kemeriahan suasana kehidupan kaum Chetti
Melaka. Gerak tari joget yang sangat digemari oleh etnik ini telah diangkat
sebagai gerak tari dalam Rongbang Chetti ini.
Etnik Chetti adalah golongan minoriti yang
wujud hasil daripada perkahwinan campur antara pedagang India dengan masyarakat
tempatan. Etnik ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi
(Hashim et. al, 2017). Penempatan
etnik ini adalah di Perkampungan Chetti di Kampung Gajah Behrang, Melaka. Etnik
Chetti turut mengamalkan dan berasimilasi dengan budaya tempatan, antaranya
daripada segi pemakaian seperti pakaian kebaya, masakan Melayu dan kesenian
tarian joget.
Tarian Rongbang Chetti adalah
sebagai pelantar dalam mendidik masyarakat tempatan menghargai warisan budaya
etnik Chetti ini supaya tidak hilang ditelan zaman. Persembahan tarian
ini sering mengiringi persembahan kesenian dalam majlis-majlis
keramaian.
Busana penari lelaki adalah pakaian tradisi atau pakaian adat kaum lelaki Chetti di Melaka iaitu baju potongan kot berkolar tinggi atau disebut juga sebagai kolar Nehru. Baju ini dipadankan dengan kain pelikat dengan ikat gombang seperti yang dipakai untuk kegunaan harian. Kelengkapan busana yang selainnya ialah kain selempang yang disangkut di bahu dan songkok atau blangkon Jawa.
Manakala penari wanita memakai kebaya pendek. Selain daripada kebaya sulam, mereka juga memakai baju kebaya pendek tanpa sulam dengan fabrik berbunga-bunga sebagai pakaian untuk aktiviti seharian
S Kanagalingam Pillay
merupakan antara tokoh etnik Chetti di Melaka. Beliau merupakan Ahli
Jawatankuasa Sri Poyatha Venayagar Moorthy Temple & Melaka Chetti
Community. Beliau berpengalaman luas dalam bidang seni dan budaya masyarakat Chetti.
Sumber Rujukan
i.
Bahan
Bacaan
Hashim, S. N.
I., Ab Hamid, N., Rawi Nordin, N. R. M., & Fadzil, M. F. M. (2017,
November). Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti Melaka Era Globalisasi. In PROCEEDING
OF 2ND INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC2017) (p. 209).
Katalog Artis Budaya Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara, Negeri Melaka. (2020).
ii.
Tokoh
S Kanagalingam Pillay. (2023). Ahli Jawatankuasa
Sri Poyatha Venayagar Moorthy Temple & Melaka Chetty Community. Temubual
pada 19 September 2023.
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Nur Al-Farani binti Rosli
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka
Kompleks JKKN Melaka
Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh,
75450 MELAKA
06 - 763 6308

Sri Poyatha Venayagar Moorthy Temple & Melaka Chetti Community
Kampung Gajah Behrang,
75200 Melaka




