Isun-isun adalah kesenian nyanyian berpantun yang
diiringi gesekan alat muzik biola. Kesenian
ini diamalkan oleh etnik-etnik Bajau Sama dan Iranun terutama di sekitar daerah
Kota Belud. Kesenian ini akan dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian
seperti perkahwinan, menyambut kelahiran bayi, menunaikan nazar dan sebagainya.
Alunan muzik Isun-isun ini sering dipersembah ketika
majlis rasmi berkaitan seni budaya dan warisan terutama di sekitar daerah Kota
Belud. Ia turut didendangkan ke seluruh negeri Sabah melalui penganjuran
program-program kesenian dan pelancongan. Kebiasaannya persembahan mereka sering
dipentaskan di acara-acara keramaian seperti di pentas persembahan Tamu Besar
Kota Belud, Pesta Regatta Lepa dan
acara-acara lain khususnya di negeri Sabah.
Busana yang dipakai semasa membuat persembahan
Isun-isun adalah busana tradisi masyarakat Bajau Sama, ataupun busana tradisi
kaum Iranun di daerah Kota Belud. Manakala alat muzik yang digunakan hanyalah
gesekan biola sahaja.
Ciri-ciri persembahan Isun-isun
Aktiviti persembahan Isun-isun ini biasanya melibatkan sekurang-kurangnya seorang pemantun lelaki, manakala lawannya sekurang-kurangnya seorang pemantun wanita. Sementara itu, Tok Isun-isun akan duduk berpantun sambil menggesekkan biolanya.
Pantun-pantun yang dialunkan mempunyai pelbagai tema
seperti alam percintaan, meminang, adat perkahwinan, merajuk, memujuk dan
seumpamanya. Pantun yang didendang akan
mengikut susunan alur cerita yang ditentukan oleh Tok Isun-isun itu sendiri.
Dengan perkataan lain puisi lisan dalam Isun-isun ini mempunyai struktur
pengenalan, inti dan penutup cerita. Nyanyian Isun-isun ini juga mempunyai
struktur pantun yang mempunyai pembayang dalam dua baris pertama, manakala dua
baris kedua pula adalah maksud yang ingin disampaikan.
Contoh bait-bait pantun dalam Isun-isun:
Delamba badu boi no ku meli
(saya membeli sehelai baju)
Ai bo ku ngogo Sandakan
(Saya bawa pergi Sandakan).
Songom teq betiru kekuri doq kiti
(Malam ini kita menyanyi)
Sempena nambut dinakan anak dinakan
(Sempena
menyambut sanak saudara)
Salah seorang tokoh dalam bidang persembahan muzik
Isun-isun ini adalah Encik Masruh bin Siadik yang merupakan penggiat
seni budaya di negeri Sabah. Beliau
telah mendapat pengiktirafan oleh kerajaan tempatan kerana sumbangan beliau
terutama dalam seni nyanyian berpantun ini. Kumpulan mereka juga kerap
diundang untuk membuat persembahan di
majlis-majlis utama untuk keraian dan perayaan dalam kalangan masyarakat
mereka.
i.
ENCIK
MASRUH SIADIK
ii.
PUAN
JUDETH JOHN BAPTIST
iii.
Mahall,
S. N. H. BARAQ JOMO DIRI TERHADAP SAIR BAJAU KOTA BELUD: TAFSIRAN DARI PERSEPSI
LINGUISTIK ANTROPOLOGI.
iv.
Atoh, N.,
Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara
kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu: The concept of traditional
poetry between Arabic and Malay literatures. SIBAWAYH Arabic Language and
Education, 1(1), 1-15.
v.
NORDIN,
N., & SAAT, G. (2022). ANTARA IDENTITI BAJAU SAMAH DAN BAJAU UBIAN, SEJAUH
MANA PERBEZAANNYA: KAJIAN KES DI KAMPUNG PULAU GAYA ASAL, KOTA KINABALU, SABAH:
BETWEEN THE IDENTITY OF BAJAU SAMAH AND THE BAJAU UBIAN, THE EXTENT OF THE
DIFFERENCE: CASE STUDY IN KAMPUNG PULAU GAYA ASAL, KOTA KINABALU, SABAH. Jurnal
Kinabalu, 28(1), 147-161.
vi.
Yakin, H.
S. M., & Mahali, S. N. H. (2008). Duang: The semiotic interpretation and
perception of the Bajau-sama community in Sabah. Sari (ATMA), 26, 71-78.
vii.
Ab Jabar,
N., Jamal, D. H. D., Apandi, S. N. A. M., & Kiffli, S. (2023). Empowerment
of Heritage Product: Interaction between Types Ofpadiin the Community and Malay
Pantun. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT).
Mahali,
S. N. H. (1999). Mantera: Satu Penelitian Awal Di Kalangan Petani Petani Bajau.
Jurnal Kinabalu, 5.