Wayang Kulit Gedek adalah satu bentuk persembahan wayang
kulit yang terkenal di utara Semenanjung Malaysia. Identiti Wayang Kulit Gedek
dipengaruhi oleh unsur-unsur dari negara Thailand. Wayang Kulit Gedek yang
hanya boleh ditemui di negeri Kedah ini, dipercayai berasal daripada
persembahan “Nang Talung”, iaitu seni persembahan tradisional yang popular di
Selatan Thai. Pengaruh paling jelas dapat dilihat melalui rekaan pakaian watak
dan dialek yang digunakan.Daripada segi cerita, Wayang Kulit Gedek mempunyai
perbezaan dengan Wayang Kulit Kelantan walaupun kedua-duanya bersumberkan pada
cerita Ramayana. Wayang Kulit Kelantan memaparkan watak Seri Rama sebagai
saduran kisah epik Ramayana, manakala Wayang Kulit Gedek menampilkan
persembahan yang ringkas dan lebih menjurus kepada isu-isu moden.
Sumber hiburan bagi
memeriahkan sesuatu sambutan atau sebagai pertunjukan di pesta-pesta.
Pertunjukan wayang kulit juga melambangkan kekayaan khazanah warisan.
Upacara menyembuhkan
sesuatu penyakit yang dialami dan berkaitan dengan unsur roh dan alam
semula jadi. Sebelum ketibaan Islam masyarakat dahulu percaya bahawa
melalui wayang kulit, seseorang boleh menyatakan kesyukuran kepada
makhluk-makhluk alam ghaib, semangat dan unsur-unsur alam yang lain.
Terdapat pemahaman anamisme yang percaya bahawa persembahan yang dilakukan
bertujuan untuk menolak bala atau mengelak penyebaran sesuatu penyakit
yang melanda.
Tidak ada sebarang pakaian rasmi untuk pemuzik sekadar cukup
jika hanya berbaju kemeja tshirt dan kain sarung atau seluar bersampingkan kain
pelikat serta kain lilit kepala atau semutar.
Pada
masa kini pemakaian lebih formal dengan menggunakan baju melayu lengkap
bersampin & tengkolok / tanjak. (Rujuk Lampiran A)
Alat-alat yang diperlukan ialah patung-patung, lampu dan
kelir. Sewaktu persembahan berlangsung,
Tok Dalang akan duduk berhadapan kelir. Di antara kepala dalang dengan kelir
tergantung sebiji lampu yang memberi cahaya yang menghasilkan bayang
patung-patung (watak) pada permukaan kelir. Sejumlah lapan orang pemuzik
memainkan alat-alat muzik seperti gedombak, serunai, canang, kerincing, geduk,
gong dan tamborin.
Alat-alat memainkan peranan penting dalam menghidupkan dan menjadikan persembahan ini lebih menarik
Sewaktu persembahan berlangsung, Tok Dalang akan duduk berhadapan kelir. Di antara kepala dalang dengan kelir tergantung sebiji lampu yang memberi cahaya yang menghasilkan bayang patung-patung (watak) pada permukaan kelir. Cerita-cerita yang dipersembahkan adalah berkisar mengenai isu semasa dan kemasyarakatan.
Persembahan Wayang Kulit Gedek ini pernah dipopularkan oleh Kumpulan Wayang Kulit Sri Asun di bawah pimpinan Dalang terkenal iaitu Allahyarham Abdul Majid bin Md Noh. Kumpulan ini sering dijemput untuk muncul di program-program televisyen, menyebabkan watak Ai Tong dan Ai Kiew menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Terdapat lebih daripada dua ratus patung dimiliki oleh Dalang Abdul Majid, dan empat daripadanya adalah warisan daripada gurunya. Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun turut menerima undangan dari luarnegara termasuk Jepun dan Thailand.
Sumber Rujukan:
i.
Bahan
Bacaan – Buku Wayang Gedek
ii.
Tokoh : Encik Azahar bin Ruslan