ADAT BAYAR TOL PERKAHWINAN

Adat Resam

Gambar

16

Video

ada

Pelawat Hari ini

4

Jumlah Pelawat

67

Pengenalan dan sejarah

Adat bayar tol perkahwinan amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Johor. Duit tol merupakan bayaran daripada pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.Adat ini merupakan simbol beramah mesra dan menjalinkan silaturahim sesama keluarga pengantin. Sebelum menaiki pelamin, pengantin lelaki akan disekat sehingga sehingga sejumlah duit tol dibayar kepada wakil pihak pengantin perempuan. Jumlah duit tol ini bermula dengan nilai lima puluh sen sehingga seringgit atau lebih, bergantung kepada kemampuan pihak pengantin lelaki.

Fungsi dan Peranan

Sebagai hiburan dan merapatkan hubungan dengan gurau senda setiap kali dikenakan tol.

Peralatan/ Bahan-Bahan

Sampul duit tol

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Pengantin lelaki perlu mencari pengapit yang mahir mengawal situasi ketika acara tawar menawar, serta bijak berpantun semasa adat bayar tol perkahwinan berlangsung.

Terdapat tiga peringkat yang perlu dilepasi dalam adat bayar tol iaitu:

1. Tol tebus di halaman rumah iaitu duit tol kepada kanak-kanak, pemuda-pemuda dan warga emas yang datang merewang.

2. Tol tebus di pintu rumah/ sebelum naik pelamin iaitu duit tol kepada gadis-gadis, rakan-rakan serta saudara-mara pengantin perempuan.

3. Tol buka kipas yang dibayar kepada mak andam untuk mengalihkan kipas yang menutupi muka pengantin perempuan, sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelah pasangannya.

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan  : Adat Perkahwinan Melayu, Sabariah Abdullah, Selangor, Percetakan Century Intelek

Lokasi

Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik
Dapatkan Arah

Maklumat Perhubungan JKKN Negeri

Puan Nor Hafizah Hassan

Pegawai Kebudayaan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO No 26, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin 80200 Johor Bahru JOHOR DARUL TAKZIM

07-224 8270 / 223 1249

atau

Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!