Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT BAPUKONG (BERPUKONG)
Adat Resam
Gambar
16
Video
ada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
19
Pengenalan dan sejarah
Pada masa dahulu, Bapukong merupakan adat unik masyarakat
berketurunan Banjar untuk menidurkan bayi yang berusia dalam lingkungan lima
bulan hingga setahun. Adat ini dilakukan
sebagai salah satu cara untuk memastikan bayi dapat tidur dengan selesa.
Kebiasaannya, Bapukong dilakukan apabila bayi menghidapi penyakit
seperti kembung perut, selesema, sakit perut, demam dan sebagainya. Dalam
keadaan kurang sihat, bayi mudah meragam. Sekiranya dibiarkan baring
berterusan, bayi akan kerap menangis dan meminta untuk didukung.
Kain Batik, kayu untuk buaian
Dua helai kain batik diperlukan untuk melaksanakan adat Bapukong ini.
Kain batik pertama dijadikan buaian dan bayi diletakkan pada kain buaian itu
dalam keadaan duduk. Kain kedua digunakan untuk melilit bahagian leher bayi
supaya bayi dapat duduk dengan tegak. Kemudian, buaian dihayunkan dengan
iringan nyanyian mendodoi bayi dan lagu-lagu dalam loghat masyarakat Banjar,
serta selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Sumber Rujukan
i. Bahan Bacaan / Rujukan Tambahan
https://bubuhanbanjar.wordpress.com./
https://hasanzainuddin.wordpress.com/
Tokoh : Mas Amah binti Sulaiman
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Puan Nor Hafizah Hassan
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO
No 26, Jalan Susur 5
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin
80200 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
07-224 8270 / 223 1249