Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT MEMADAH
Adat Resam
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
17
Pengenalan dan sejarah
Memadah merupakan satu adat yang diamalkan di Kelantan untuk tujuan menjemput individu hadir ke majlis atau upacara yang dijalankan. Adat memadah diaplikasikan secara meluas dalam kehidupan di Kelantan terutama dalam jemputan perkahwinan. Memadah merupakan suatu interaksi sosial masyarakat Melayu Kelantan untuk memberitahu sanak saudara jauh dan dekat, jiran tetangga dan seluruh masyarakat kampung akan tarikh perkahwinan yang akan dilangsungkan. Ibu bapa bakal pengantin akan memadah tetamu yang ingin dijemput sebulan awal dari tarikh majlis perkahwinan.
Kebiasaannya, jemputan ke majlis perkahwinan dilakukan dengan dua cara, iaitu melalui undangan lisan atau jemputan kad. Dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan, mereka yang dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan disebut sebagai 'kena', manakala mereka yang tidak dijemput disebut sebagai 'tidak kena'. Lazimnya, ibu bapa pengantin perempuan akan menjemput seluruh penduduk kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka, kecuali jika tuan rumah yang ingin dijemput tidak berada di rumah pada waktu jemputan dibuat.
Selain daripada majlis perkahwinan, adat memadah juga digunakan untuk menjemput sebarang aktiviti dan acara dengan kaedah halus dan penuh adab.
Menjemput dan mengundang tetamu untuk menghadiri majlis atau upacara yang bakal dilaksanakan.
Adat memadah dibuat dengan kaedah berkunjung ke rumah setiap tetamu.
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah (2004). Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim ke Alam Barzakh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharin Ilias, Mohd Usairi Mohamed Zainuddin, Md. Riduan Muhamad, Nik Yusnita Nik Ahmed & Fatimah Muhd Shukri (2016). Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan. Kota bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Tokoh (jika ada temu bual tokoh)
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Encik Mohd Zanidizam Md Dila
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
Kompleks JKKN Kelantan
Lot 1993, Seksyen 49,Tanjong Chat,
15200, Kota Bharu,
KELANTAN DARUL NAIM
011-31922039