Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT CINA PERANAKAN DI PULAU PINANG
Adat Resam
Gambar
1
Video
tiada
Pelawat Hari ini
3
Jumlah Pelawat
26
Pengenalan dan sejarah
Kaum Peranakan yang turut dikenali sebagai Cina Peranakan atau Baba Nyonya ini mula membina keturunan etniknya sejak zaman Melayu Melaka lagi, apabila para pedagang Cina (lelaki) berkahwin dengan (wanita) Melayu tempatan atau mengahwini gadis berketurunan Jawa. Kemudian, keturunan ini mula berkembang-biak di Negeri-Negeri Selat usai kedatangan British, menyebabkan sehingga kini, populasi Cina Peranakan ramai di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Golongan lelaki yang merupakan induk perkahwinan campur sehingga terbina Kaum Peranakan ini kebanyakannya berasal daripada kaum Han yang merantau ke Selat Melaka kerana berdagang dan akhirnya berasimilasi dengan budaya Melayu menerusi perkahwinan yang dibina bersama wanita tempatan. Kerana itulah daripada segi pakaian adat, wanita berketurunan Cina Peranakan atau Baba Nyonya ini memakai Kebaya Nyonya, iaitu kebaya pendek (budaya Melayu) yang dipadankan dengan kain batik bermotif haiwan dan tumbuh-tumbuhan (campuran Melayu dan Cina). Golongan lelaki pula masih mengekalkan pakaian tradisi Cina. Daripada sudut makanan pula, kuih-kuih tradisi masyarakat Cina Peranakan amat unik. Kuih yang disebut ‘kueh’, antaranya kuih bakul, kuih rotan, kuih chang dan pelbagai lagi diisi dalam ‘siah’ (mangkuk tingkat), amat dekat dengan tradisi Cina, manakala bagi makanan berat pula, masakan mereka lebih dekat dengan masyarakat Melayu, seperti asam pedas, laksa, kari nyonya dan pelbagai lagi persamaan yang lain.
- Banyak pantang larang antaranya Feng Shui, tilikan memilih tarikh perkahwinan dilakukan, dengan kepercayaan agar perkahwinan yang dibina kekal harmoni.
- Adat istiadat ini kelihatan renyah, tetapi ketertinggian dan ketertiban budaya jelas terpancar. Ia mesti dipelihara supaya kesantunan dan keunikan kaum atau etnik ini kekal terserlah.
- Kasut manek atau kasut manik merupakan salah satu keunikan busana masyarakat Cina Peranakan. Bunga yang terletak pada gubahan kasut manek merupakan bunga teluki, bunga mawar atau motif haiwan seperti burung cenderawasih atau ikan mas.
- Busana yang dipakai adalah kebaya labuh dengan kerongsang, atau kebaya pendek, dengan batik motif flora dan fauna.
- Kerongsang tiga mata untuk diletakkan di lidah baju kebaya.
- Kain untuk sapu tangan dan untuk dijadikan selempang kebaya panjang.
- Kasut manek atau kasut manik ini menggunakan ‘Japanese beads’ kerana jenis manik ini dipercayai tahan lama.
- Setanggi
- Lilin
- Tepung
- Kain
- Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragan serunai cina. Merekalah yang akan bermain muzik ketika Dondang Sayang dan joget lambak berlangsung.
- Temasya perkahwinan lazimnya berlangsung selama 12 hari. Golongan kurang berkemampuan pula hanya akan mengikuti temasya pada hari pertama dan hari ke-12.
- Kad undangan kepada ahli keluarga serta para undangan akan dipertanggungjawabkan kepada bapa saudara tertua, yang dikenali sebagai ‘Pak Chindek’. Ketika menjemput, Pak Chindek mesti memakai baju tradisi lelaki cina, dengan memberi ‘Kueh Ih’ sebagai tanda menghormati tetamu.
- Selepas undangan selesai, keluarga pengantin akan memasang tanglung dan kain merah di pintu rumah, sebagai tanda bahawa akan berlangsung temasya perkahwinan di rumah tersebut. Lazimnya, semua ini akan dilakukan enam hari sebelum majlis perkahwinan.
- Dua hari menjelang perkahwinan, keluarga terdekat akan hadir untuk upacara ‘Sang Jit’ atau tumbuk tepung. Ini merupakan persediaan untuk membuat kuih-kuih tradisi, antaranya onde-onde, kuih tat, kuih genggang dan pelbagai lagi kuih tradisi.
- Pertukaran cincin kedua-dua mempelai, hadiah atau hantaran, penggunaan bunga rampai dan setanggi. Majlis juga diserikan dengan lagu Dondang Sayang dalam Bahasa Melayu dan ditarikan oleh para hadirin ketika jamuan.
- Upacara perkahwinan bagi golongan berada Cina Peranakan ini berturut-turut, manakala
golongan biasa pula meraikannya pada hari pertama dan hari ke-12 sahaja.
-
Sumber Rujukan
Bahan Bacaan: htps://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/03/259225/baba-nyonya-pulau- pinang-masih-wujud
https://www.facebook.com/photo/?fbid=931288389018844&set=pcb.931288455685504
Lokasi
Maklumat Perhubungan JKKN Negeri
Zurairi bin Hanip
Pegawai Kebudayaan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Kompleks Pustaka Warisan Seni,
Lot No. 2180 Lintang P. Ramlee,
Off Jalan P.Ramlee
10460 PULAU PINANG
04-281 7791 /7792
Gunakan borang di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Informan/Tokoh/Penyunting/Penyelidik. Kami akan membalas pertanyaan anda secepat mungkin!