Gerbang Maklumat Seni Budaya
Selami dunia seni dan budaya yang penuh warna-warni! Dari warisan tradisional hingga karya kontemporari, temui keunikan yang mencerminkan identiti dan jati diri bangsa
ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN SUKU DUSUN TATANA: ADAT PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN
Adat Resam
Gambar
3
Video
tiada
Pelawat Hari ini
88
Jumlah Pelawat
2726
Pengenalan dan sejarah
Dusun Tatana, atau lebih dikenali sebagai ‘Tatana,’ merupakan salah satu daripada 79 subetnik dalam masyarakat Kadazandusun, iaitu kumpulan etnik terbesar di Sabah. Sub-etnik ini secara majoritinya menetap di daerah Kuala Penyu iaitu sebuah kawasan yang terletak di bahagian barat daya negeri Sabah. Etnik ini terkenal dengan pelbagai amalan adat dan budaya yang mencerminkan kepelbagaian identiti Kadazandusun secara keseluruhan. Walaupun terdapat persamaan dengan subetnik lain dari segi nilai budaya, kepercayaan, dan adat resam, masyarakat ini mempunyai keunikan tersendiri yang terpancar melalui elemen tradisi mereka. Salah satu amalan budaya tradisional yang masih bertahan dan terus diamalkan sehingga ke hari ini ialah adat pertunangan perkahwinan.
