Hadrah merupakan sebuah seni muzik pergendangan yang
dibawa masuk oleh pedagang Parsi ke Tanah Melayu di daerah Kubang Pasu, Kedah.
Persembahan Hadrah amat popular di negeri-negeri Kedah dan Perlis pada abad
ke-17. Hadrah sering dipersembahkan dalam majlis keramaian terutamanya dalam
majlis perkahwinan. Kebiasaannya, Hadrah akan dimainkan dari siang hinggalah
waktu malam.
Keunikan Hadrah Kedah yang membezakannya dengan Hadrah di
negeri lain adalah daripada aspek alat muzik dan lagunya yang menggunakan lirik
bahasa Melayu Kawi dan bertapak di Kampung Bayas, Jitra,
Pada masa dahulu, tarian Hadrah ditarikan dan dilakonkan
oleh lelaki yang berpakaian wanita. Walau bagaimanapun, penari wanita telah
dibenarkan untuk membuat persembahan pada masa kini. Kononnya tarian ini
berasal dari kisah penebang-penebang pokok kayu yang sesat di dalam hutan.
Sewaktu mencari jalan keluar, mereka menyanyi dan berdoa sambil memukul alat
muzik kompang. Hadrah Kedah juga memiliki keunikan tersendiri menerusi elemen
yang disebut sebagai Noge, iaitu sebuah persembahan selingan.
Pada masa kini, persembahan muzik dan tarian Hadrah sering diadakan untuk majlis-majlis keraian rasmi anjuran kerajaan dan pihak swasta, khususnya yang berkaitan dengan acara seni budaya dan warisan.
Persembahan Hadrah kini sering ditarikan oleh penari
wanita yang memakai baju kebaya dengan aksesori kerongsang dan hiasan cucuk
sanggul di kepala. Penari juga akan memegang sehelai sapu tangan bagi
memperindahkan lagi lambaian pergerakan tangan.
Muzik pergendangan Hadrah Kedah terdiri daripada beberapa
rebana kerincing, satu gendang anak dan satu gendang ibu. Gendang ibu Hadrah
Kedah memiliki saiz yang agak besar dengan ukuran lilit 35 inci. Gendang ini
biasanya dimainkan oleh dua orang penggendang secara bertingkah dalam keadaan
duduk.
Dilakukan setelah selesai buka panggung oleh Tok Bomoh. “Sanore” merupakan sebuah lagu permulaan bagi setiap kali bermulanya persembahan. Penari akan keluar menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Rentak atau bentuk tarian
hadrah ini sama dengan tarian Melayu Asli di mana gerak tari tangan, jari dan
badan dihayunkan dengan lembut sekali.
Satu perkara yang istimewa
dalam persembahan ini ialah kemasukan orang luar dalam persembahan tarian
tersebut. Ini dipanggil “rasuk”. “Rasuk” ini masuk menari bersama-sama penari
tidak kira apa lagu yang dimainkan. Apabila satu-satu lagu itu berakhir ’peteri’
akan memberi hormat kepada penonton dengan meletakkan kedua-dua belah tangan
rapat dan bertentangan dengan dada.
Unsur-unsur moden dimasukkan
apabila permainan noge ditukar kepada permainan Hadrah. Selain daripada
menggunakan alat-alat muzik persembahan bangsawan juga dilakukan.
Nama : Razali Bin Ismail
Tarikh lahir : 18 Ogos 1963
Kelulusan : SRP / SPM Pangkat
A
Penggiat dalam Kesenian
Hadrah terutamanya bidang tari.
i. Bahan
Bacaan : -
ii.
Tokoh:
a) Encik
Azmi bin Abdullah