LAKSA PERLIS
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Hidangan laksa sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan salah satu daripadanya ialah Laksa Perlis. Sebenarnya, nama hidangan laksa diberi mengikut negeri ia dipelopori. Contohnya, Laksa Johor dari Johor, Laksa Sarawak dari Sarawak, Laksa Penang dari Pulau Pinang, dan Laksa Kedah dari Kedah. Walau ia seperti juadah yang sama namun ada perbezaan, antaranya bahan-bahan yang digunakan, tahap kepekatan dan kepedasan kuah, serta jenis dan bahan asas mi laksa.

Kuah Laksa Perlis agak pekat kerana setiap bahannya seperti ikan kembung, ikan selayang, bunga kantan dan daun kesum dikisar bersama sehingga hancur dan sebati. Kuantiti ikan yang digunakan juga adalah lebih berbanding laksa di negeri lain, dan kerana itulah kuahnya berwarna cerah dan tidak kemerahan (yakni warna merah cili) seperti Laksa Kedah. Laksa Perlis juga tidak menggunakan santan seperti Laksa Sarawak. Juga menggunakan mi laksa yang diperbuat daripada tepung beras yang dibuat sendiri, tidak seperti Laksa Johor yang menggunakan mi spageti.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Laksa

Ikan

Asam keping

Lengkuas

Cili kering

Cili merah

Bawang merah

Bawang Putih

Belacan

Bunga kantan

Daun Kesum

Timun

Telur

Nanas

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

1. Rebus ikan dengan gula ‘Gherek’, garam, asam keping dan lengkuas hingga masak. Sejukkan dan siat isi ikan. Asingkan isi dengan tulang. Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk. Kemudian, kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.

2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Masukkan dalam periuk tadi. Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana. Tambahkan air jika terlalu pekat.

3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan. Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan garam, gula dan MSG secukup rasa. Masak hingga mendidih.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

htps://kedaimesinmakanan.com/makanan-tradisi-negeri-perlis/ 

Lokasi
Pautan Google Maps :