KUIH PENCUCI MULUT TRADISI WADAI KIPENG
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Wadai Kipeng merupakan hidangan pencuci mulut yang menjadi tradisi dalam masyarakat berketurunan Banjar di negeri Johor. Wadai bermaksud kuih, manakala Kipeng pula bermakna benda yang ditekan. Makanan ini sering dihidangkan dalam majlis-majlis kesyukuran atau pun kenduri doa selamat.Bahan utama dalam penyediaan Wadai Kipeng ialah tepung pulut, garam dan air. Bahan untuk kuahnya pula ialah santan, air, gula putih, gula melaka dan garam. 

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Campurkan semua bahan utama dalam sebuah bekas dan gaul hingga sebati.

Gentel hingga menjadi doh yang bulat dan penyekkan sedikit. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah digentel.  Apabila doh telah timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas lain yang berisi air.

Untuk penyediaan kuahnya, kacau bahan-bahan gula merah, gula pasir, gula melaka, air dan daun pandan hingga sebati. Didihkan sehingga larut, kemudian masukkan santan dan garam. Selepas itu, masukkan doh tadi ke dalam periuk kuah dan masak hingga mendidih. Rasakan tahap manis dan lemaknya, angkat dan hidangkan jika sudah berpuas hati.

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan :

Tokoh : Habsah binti Hj. Ahmad (Pewaris Makanan Tradisi Orang Banjar)

Lokasi