Zapin Sindang berasal dari Kampung Sindang, Samarahan, Sarawak, diasas oleh Encik Nawi yang juga berasal dari kampung tersebut. Tarian ini mempunyai tiga ragam gerak iaitu ‘ragam sembah’, ‘ragam poko’ dan ‘waina wailed’ atau ‘waina tahtim’. Tarian yang diiringi dengan muzik berentak zapin ini dipercayai berasal dari tanah Arab dan dibawa masuk ke Sarawak menerusi Sambas dan Serasan di Kalimantan, Indonesia. Tarian ini dipercayai juga dapat membantu menyebarkan agama Islam di Borneo.
Tarian komuniti Melayu Sarawak ini yang amat popular juga di luar negeri tersebut biasanya ditarikan pada malam pengantin berinai sebelum persandingan. Kini, tarian ini dipersembahkan juga dalam majlis-majlis rasmi dan juga persembahan pentas.
-
-
Penari lelaki dan perempuan tidak bersentuh antara satu sama lain. Respon mata dan pandangan juga amatlah terbatas. Penari lelaki segak dengan busana baju Melayu manakala penari wanita anggun mengenakan busana tradisional yang dilengkapi tudung keringkam sambil memegang bunga.
-
Bahan Bacaan
Mohd Hairil Anuar Bari. (2022). Zapin Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.