TARIAN TOLAK BALA
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Tarian Tolak Bala merupakan tarian suku kaum Bidayuh yang mempunyai tujuan dan maksud tersirat. Secara khusus, tarian ini dipersembahkan bertujuan untuk menghindar diri dan komuniti dari segala musibah dengan cara menghalau semangat-semangat jahat selepas musim menuai. Tarian ini juga bertujuan untuk memohon hasil tuaian yang lebih banyak pada tahun mendatang.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Dalam persembahan tarian ini, para penari membawa kelapa taya iaitu tempurung yang diletakkan sebatang lilin di dalamnya. Lilin ini akan dinyalakan dengan api untuk menerangi laluan sepanjang upacara dijalankan. Tarian ini juga dilengkapi dengan anjung iaitu replika perahu dan sebuah dulang sebagai alat menempatkan sesembahan yang berupa makanan untuk semangat nenek moyang mereka. Turut disediakan ialah air kelapa yang kemudiannya digunakan sebagai penawar penyakit. 


Persembahan tarian ini adalah secara simbolik iaitu membawa taya dan anjung ke sungai untuk melepaskan roh yang sakit dan menghalau semangat jahat ke laut.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :