TARIAN DATUN JULUD
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Datun Julud bermaksud ‘tarian panjang’ dalam bahasa Dayak Kenyah, ‘Hivan Joh’ bagi suku Kayan dan ‘Arang Kadang’ bagi suku Kelabit. Tradisinya Datun Julud ditari oleh sekumpulan wanita dalam majlis-majlis istiadat Orang Ulu.


Tarian istimewa yang berfokus kepada ekspresi kebahagiaan dan rasa syukur kepada Maha Dewa ini dikatakan telah dicipta oleh raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong. Beliau terkenal dan digeruni kerana begitu yang gagah dan cekap bermain senjata sehingga amat sukar ditandingi. 


Namun begitu, beliau dikatakan berhadapan dengan dilema kekeluargaan iaitu masih tidak mempunyai pewaris. Setelah sekian lama menunggu saat bahagia ini, akhirnya salah seorang menantu Nyik Selong telah hamil dan melahirkan bakal pewarisnya. Sebagai tanda kesyukuran kesemua penduduk rumah panjang berpesta dan menari dengan gerak tari yang lemah gemalai.


Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Dalam persembahan tarian Datun Julud, rentak tari biasanya dimulakan secara solo oleh penari wanita tanpa alas kaki Penari wanita ini akan terui-menerus menari secara spontan dengan gerak seakan-akan menyerupai gerak laku burung enggang yang sedang terbang. Oleh itu, biasanya bulu-bulu pelepah burung enggang dipasang pada celah-celah jari kedua-dua belah tangan penari. Kesemua bahagian badan penari akan bergerak dalam memberikan ragam tari kecuali bahagian kepala. Hal ini bagi mengelak daripada terlalu banyak pergerakan di sekitar anting-anting tembaga berat yang sedang dipakai oleh penari. 




Dengan lenggok perlahan dan lemah gemalai, penari akan menggerakkan anggota badannya mengikut rentak dan alunan muzik ‘Sapedan Jatung Utang’. Langkah tarinya tertumpu kepada gerak kaki yang seolah-olah sedang berjalan di atas bumi, manakala gerak lengannya pula seolah-olah sedang terapung atau terbang melayang di udara.




Jika ditarikan di rumah panjang biasanya persembahan mengelilingi ruai rumah ketua kampung dan kadangkala di seluruh rumah panjang, diikuti oleh orang ramai yang ada pada masa tersebut. Usai menari wanita lain mengambil tempat dan ini berterusan sehingga semua wanita telah mengambil giliran mereka.




Dewasa ini, tarian Datun Julud masih menjadi tarikan utama dalam seni persembahan. Malah tarian ini kekal bertahan sebahagian daripada tarian-tarian popular yang sering dipersembahkan di rumah panjang dan dalam acara perayaan utama di samping acara menyambut pengunjung dan pelancong.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :