SAPE
Seni Persembahan

Pengenalan dan sejarah

Sape merupakan alat muzik kecapi tradisional yang terdapat dalam komuniti Orang Ulu di Sarawak. Secara tradisinya alat muzik ini begitu sinonim dengan seni muzik suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit yang asalnya hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang. Menerusi perubahan dalam gaya hidup suku kaum tersebut, ternyata muzik sape telah beransur-ansur menjadi sebuah alat sosial dan budaya popular yakni digunakan sebagai bahan atau unsur hiburan umum.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan asas pembuatan sape ialah batang pokok berwarna keputih-putihan., Batang pokok ini dipotong dengan ukuran kepanjangan sekitar satu meter dan kelebaran 40 sentimeter untuk dijadikan sebuah Sape. Walaupun pada asalnya sape hanya berukuran kurang daripada satu meter panjang dan hanya dipasang dengan dua tali rotan dan tiga fret, kini sape moden mempunyai lima utas tali. Tali ini disokong oleh fret kayu yang boleh diketatkan atau dilonggarkan dengan pancang kayu.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Sape merupakan alat muzik solo selalunya  membawakan alunan muzik yang mempunyai tema khas dan diinspirasikan daripada mimpi. Terdapat komposisi khusus untuk upacara dan situasi yang tertentu. Upacara yang dimaksudkan termasuklah upacara perkahwinan, kelahiran bayi, musim menuai, musim hujan, dan insiden-insiden lain dalam kehidupan seharian kaum Orang Ulu. Sape dimainkan semasa duduk bersilang kaki di lantai dan digunakan untuk mengiringi tarian termasuklah Tarian Ngajat iaitu tarian pahlawan dan Datun Julud. Apabila dimainkan untuk tarian biasanya dua buah Sape akan digunakan. Kedua-dua sape perlu ditala kepada dua nada iaitu rendah dan tinggi. Seringkali juga sape dimainkan dengan disokong oleh alat muzik lain seperti jatung utang iaitu xylophone kayu.

Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan

Mohamed Ghouse Nasaruddin. (2007). Traditional Malaysian Music. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Patricia Matusky & Tan Sooi Beng. (2012). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. The Asian Centre.


Lokasi
Pautan Google Maps :