KUIH BONGKOL
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kuih Bongkol merupakan hidangan tradisi dalam masyarakat Melayu di Sarawak yang begitu popular pada musim perayaan khususnya pada sepanjang bulan Ramadhan semasa masyarakat Islam berpuasa sebulan. Kuih ini menjadi keutamaan sebagai hidangan untuk berbuka puasa dan hidangan pada sebelah malamnya. Bahan asas untuk membuat kuih terdiri daripada tepung beras, santan dan gula apong atau gula nipah. Kesemua bahan asas ini perlu digaul agar menjadi adunan yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang sebelum dikukus. Kuih ini terkenal dengan rasanya enak dan manis, serta teksturnya yang lembut.

Fungsi dan Peranan

-

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Terdapat tiga jenis adunan yang perlu disediakan untuk membuat kuih bongkor ini. Bahan asas untuk adunan pertama terdiri daripada tepung beras, air dan sedikit pes pandan Bahan untuk adunan inti kuih pula terdiri daripada santan pekat, daun pandan dan garam, sementara bahan untuk adunan terakhir ialah beberapa biji telur, gula, sedikit esen vanila, gula apong dan daun pisang.

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Cara Membuat Kuih Bongkor


Pertama sekali, sediakan adunan tepung beras, air dan pes pandan sehingga sebati. Pada masa yang sama, panaskan air dan masukkan santan serta daun pandan sehingga mendidih. Setelah mendidih beberapa ketika, masukkan adunan tepung beras ke dalam didihan santan dan daun pandan tadi dan kacau sehingga nampak likat. Sebaik sahaja adunan semakin likat dan sesuai dijadikan inti kuih, alihkan periuk dari dapur agar dapat disejukkan bagi mengelakkan adunan tersebut menjadi terlalu likat dan keras. 

Dalam bekas yang berlainan, kacau pula bahan adunan telur, santan pekat, gula dan esen vanila hingga sebati. Tetapi, jika anda lebih selesa menggunakan kaedah pukul, tidak ada masalah asalkan adunan anda sebati. Bagi membuat kelongsong kuih yang baik dan tidak mudah bocor, layurkan daun pisang pada api yang kecil sebelum dipotong dalam bentuk segi empat sama dengan ukuran dua jengkal. Langkah ini boleh membantu bagi memastikan kuih bongkol nanti akan nampak kemas. 


Bentangkan daun pisang di atas telapak tangan dan calitkan sesudu besar gula apong ke atas daun pisang. Kemudian, letakkan 2-3 sudu besar adunan tepung beras dan adunan santan yang likat tadi di atas daun pisang sebelum dilipat pada bahagian penjurunya. Seterusnya, tuangkan adunan telur dan santan pekat serta esen vanila yang secukupnya ke dalam kelongsong dan tutup menggunakan helaian daun pisang dan kejapkan dengan batang penyucuk lidi. Langkah terakhir ialah masukkan kelongsong yang berisi adunan kuih itu ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 15 hingga 20 minit. Setelah empoh itu, kuih bongkor kini siapa dihidangkan dan dinikmati semasa berbuka puasa seisi keluarga.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

-

Lokasi
Pautan Google Maps :