Search Filters
Tapisan Carian

Keputusan Carian : [Seni Persembahan] 211

Susunan :

TARIAN ULE NUGAN

Seni Persembahan >Tarian

Tarian Ule Nugan sebenarnya diinspirasikan daripada aktiviti dalam pekerjaan menanam padi dalam kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Adalah menjadi rutin dalam masyarakat Orang Ulu untuk membuat persiapan pada awal pagi sebelum memulakan perjalanan menggunakan perahu untuk pergi ke sawah. Oleh itu penari lelaki dalam tarian ini selalunya akan membawa sebatang kayu menyerupai kayu penugal yang sering digunakan dalam kerja menanam padi di dataran tinggi.

Semasa menjalankan kerja menanam padi menggunakan kayu penugal kaum wanita perempuan pula akan mengetuk ‘kerebo bulo’ untuk menghasilkan bunyian muzik bagi mengelakkan alamat buruk daripada bunyian burung yang tertentu. Menurut lagenda masyarakat Orang Ulu, bunyian yang dihasilkan oleh ‘kerebo bulo’ juga adalah bertujuan untuk menggalakkan dan mendorong semangat padi supaya tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Kepercayaan dan alamat serta petanda begitu bermakna dalam kehidupan seharian mereka sebagai masyarakat agraria. Sepanjang proses menanam padi dilakukan, masyarakat Orang Ulu akan saling menolong dalam mengerjakan aktiviti tersebut sambil bermesra dan bergurau senda bagi menghilangkan keletihan dan kepenatan bekerja. Lelaki juga akan melakukan aktiviti berburu menggunakan sumpit bagi memperoleh hasil buruan untuk dibawa pulang. Dengan segala aktiviti seharian dalam pekerjaan menanam padi berlangsung dengan baik, petani Orang Ulu akan pulang ke rumah dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran.

• 1

• 2532

GENDANG PERLIS

Seni Persembahan >Muzik

Pada zaman dahulu, Gendang Perlis dimainkan dalam majlis-majlis kenduri perkahwinan atau majlis-majlis keramaian. Mengikut sejarah, muzik Gendang Silat asalnya dimainkan ketika temasya laga kerbau dalam zaman pemerintahan Tuanku Raja Syed Syafii (1897-1905) dan Tuanku Raja Syed Alwi (1905-1943).<o:p></o:p>

• 17
• 1916

ALAT MUZIK SULING (SERULING)

Seni Persembahan >Muzik

Suling dalam konteks masyarakat etnik Kadazan-Dusun adalah alat muzik tradisional dalam kategori aerofon jenis seruling mulut yang bersaiz lebih pendek berbanding saiz panjang seruling biasa. Ia diperbuat daripada buluh Sumbiling yang mempunyai lima atau enam lubang jari dikenali dengan nama ‘Pongombitan’. Bagi lubang ibu jari pula dikenali dengan nama ‘Molohing Tunturu’. Kedua-dua hujung Suling akan ditebuk untuk aliran tiupan daripada mulut dan aliran nada bunyi yang dihasilkan. Lubang untuk meniup dikenali dengan nama ‘Pogunian’ dan hujung lubang Suling (belakang) dikenali dengan nama ‘Pongirusan’.

Alat muzik Suling ini lebih mudah dihasilkan jika dibandingan dengan alat muzik buluh yang lainnya. Tetapi, ia memerlukan ketelitian dalam penghasilannya untuk memastikan Suling mengekalkan keaslian bunyi serta tradisi pembuatan yang diwarisi turun-temurun.

• 3

• 11092

KANJET

Seni Persembahan >Tarian

Dalam bahasa suku Kenyah yang merupakan sebuah etnik Orang Ulu di Sarawak, Kanjet bermaksud tarian. Justeru Kanjet adalah tarian yang begitu identikal kepada suku kaum Kenyah. Selain Kanjet, tarian ini juga disebut Tuut, Saga Ngarang atau Nyivan dalam bahasa Kayan-Kenyah. Ringkasnya, kesemua istilah terebut semuanya merujuk kepada maksud yang sama iaitu tarian atau menari.

Kanjet boleh dipersembahkan untuk pelbagai tujuan dan acara termasuklah upacara ritual, majlis selamat datang atau sebagai hiburan semata-mata. Tarian ini mempunyai pergerakan yang lemah gemalai memaparkan kesopanan dan sifat-sifat harmoni, anggun dan unik. Gerak tarinya ternyata penuh dengan keseimbangan dan keindahan, terutamanya dalam mengekspresikan sifat kepahlawanan dan keharmonian dalam kehidupan harian etnik berkenaan.

Kanjet lahir dan berkembang menerusi sejarah kebudayaan etnik Orang Ulu itu sendiri yang mengamalkan budaya memburu kepala musuh atau mengayau. Tarian ini juga begitu kuat dipengaruhi oleh fenomena alam sekitar selain keyakinan terhadap mimpi dan pengaruh dalam sistem kepercayaan tradisi. Upacara sebelum dan selepas mengayau contohnya, telah melahirkan gerak tari yang menggambarkan pergerakan dan ketangkasan pahlawan ketika mengayau sedang dilakukan. Justeru, para penari lelaki sering mempamerkan ketangkasan dan kelincahan serta kegagahan dalam persembahan manakala penari wanita lebih banyak menyerlahkan kelembutan dan kehalusan dalam gerak tarinya.

• 0

• 2835

GENDANG 24 MUSIM

Seni Persembahan >Muzik

Gendang 24 Musim juga dikenali sebagai gendang cina atau gendang shigu di kalangan pemain muzik tradisional di Malaysia. Menurut sejarah, ensemble ini mempunyai 24 gendang yang mana setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam calendar China. Kalendar 24 Musim ini merupakan satu calendar yang dicipta rakyat China pada zaman purba berdasarkan kepelbagaian fenomena alam khususnya perrubahan iklim. Nama setiap musim ditulis pada setiap gendang menggunakan kaligrafi Cina.

Secara amnya, ensemble ini boleh dikatakan sebagai gabungan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional China iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang. Ini secara tidak langsung sebenarnya telah melahirkan sebuah seni kebudayaan baru dan interpretasi baru terhadap kesenian gendang yang sebelum ini tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Negara China terutamanya di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Gendang 24 Musim ini popular disebabkan bilangannya yang banyak dan sejak tahun 1990an lagi telah diajarkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Di Malaysia, ensemble gendang 24 musim pertama kalinya diasaskan oleh seorang guru muzik yang berasal dari negeri Johor Bahru, En. Chen Wei Chong pada 12 Jun 1988.

Persembahan pertama ensemble ini hanya menggunakan Sembilan gendang dan dipersembahkan oleh Pertubuhan Cina di Johor Bahru. Oleh kerana persembahan ini mendapat sambutan dan minat ramai, pertubuhan ini Berjaya mendapatkan sumbangan dan dana untuk membeli sebanyak 15 gendang untuk melengkapkan ensemble ini.

• 1

• 11796

TARIAN KANJET NGELEPUT

Seni Persembahan >Tarian

Kanjet Ngeleput merupakan tarian yang menggambarkan suasana keriangan masyarakat etnik Orang Ulu semasa berburu sambil berkelah di hutan. Sementara menanti kembalinya para pemburu dengan hasil buruan, etnik ini biasanya akan berhibur dengan menari mengikut alunan muzik petikan Sape.  Alat muzik Sape dalam kalangan etnik Orang Ulu diperbuat daripada kayu yang mudah diperoleh di sekitar kawasan kediaman mereka.

• 0

• 2335

NYANYIAN BERPANTUN ‘ISUN-ISUN’

Seni Persembahan >Muzik

Isun-isun adalah kesenian nyanyian berpantun yang diiringi gesekan alat muzik biola. Kesenian ini diamalkan oleh etnik-etnik Bajau Sama dan Iranun terutama di sekitar daerah Kota Belud. Kesenian ini akan dipersembahkan dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, menyambut kelahiran bayi, menunaikan nazar dan sebagainya.

• 22
• 2838

SILAT KURA-KURA

Seni Persembahan >Teater

Silat Kura-Kura merupakan seni bela diri tradisional yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu, yang muncul pada abad ke-19. Seni ini diasaskan oleh seorang guru silat yang mendapat inspirasi daripada perkelahian dua ekor kura-kura semasa bertapa di gua Hulu Paka. Gerakan unik kura-kura tersebut, seperti melindungi diri dan menyerang dengan kawalan yang strategik, diadaptasi menjadi teknik seni bela diri ini. Tok Ibrahim Hussin, sebagai pengasas utama, mewariskan pengetahuan ini kepada pelajarnya Yunus Mamat, yang kemudiannya mempromosikan seni ini di Kampung Menerong, Kuala Berang.

Latihan Silat Kura-Kura biasanya dijalankan di kawasan berpasir seperti tepi sungai, yang menyerupai habitat kura-kura. Tokoh seperti Mohamad Razali bin Ismail juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan seni ini sehingga kini, dengan murid-muridnya terdapat di luar Terengganu, termasuk Johor, Kelantan, dan Singapura. Silat ini pernah dipersembahkan dalam acara besar seperti persembahan budaya di Singapura dan semasa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Hulu Terengganu.

Walau bagaimanapun, Silat Kura-Kura menghadapi cabaran dalam kelangsungannya. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir, persaingan daripada seni silat moden seperti Pencak Silat, serta kurangnya pendedahan melalui media dan platform pertandingan menyebabkan seni ini kian dilupakan. Generasi muda lebih cenderung kepada aktiviti moden yang lebih mudah dipelajari dan dinamik. Untuk memastikan kelangsungan seni ini, beberapa langkah pemeliharaan perlu diambil. Antaranya adalah mengadakan bengkel latihan dan kelas untuk generasi muda, mendokumentasikan sejarah dan teknik Silat Kura-Kura melalui filem dan buku, serta mempromosikannya melalui media sosial dan acara kebudayaan. Kerjasama antara kerajaan, swasta, dan institusi pendidikan juga penting untuk memasukkan elemen Silat Kura-Kura dalam kurikulum seni dan budaya. Dengan langkah ini, Silat Kura-Kura dapat terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang, sekaligus memperkukuhkan identiti budaya Melayu di mata dunia.

• 1

• 2916

MAKYONG (KELANTAN)

Seni Persembahan >Teater

Makyong merupakan satu daripada seni persembahan tradisional Melayu yang sangat unik dan halus sifatnya. Ia menggabungkan unsur-unsur tarian, muzik, drama, nyanyian, ritual dan komedi dalam satu bentuk teater keliling yang bersifat dramatik dan naratif. Pelakonnya pada asalnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang memainkan kesemua watak lelaki dan perempuan, kecuali watak-watak komedi yang dikenali sebagai peran. Pemilihan pelakon wanita sepenuhnya berkait dengan fungsinya sebagai hiburan eksklusif di istana untuk para permaisuri, puteri-puteri dan golongan bangsawan wanita. Keadaan ini timbul kerana kebimbangan pihak istana akan potensi timbulnya hubungan romantik sekiranya pelakon lelaki diundang ketika ketiadaan raja atau pembesar negeri yang keluar menjalankan urusan rasmi. Asal-usul Makyong boleh dijejak sekurang-kurangnya lebih 200 tahun dahulu berdasarkan catatan dalam Hikayat Patani, di mana ia mula berkembang dari istana Yala, Kerajaan Pattani, sebelum tersebar ke Kelantan. Dari situ, ia merebak ke Kedah, Singapura, Kepulauan Riau, serta Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Pada mulanya, Makyong merupakan persembahan istana, khususnya di kalangan golongan bangsawan. Malahan, dokumentasi mengenai pertunjukan Makyong dapat ditemui dalam Syair Perkawinan Anak Kapitan Cina karya Encik Abdullah bertarikh 1277 Hijrah (1860 M), yang menggambarkan suasana perkahwinan Engku Puteri Raja Hamidah dengan anak Kapitan Cina. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran British di Kelantan pada awal abad ke-20, kuasa ekonomi dan politik golongan istana semakin merosot, sekali gus menyebabkan Makyong mula tersebar ke kampung-kampung tanpa lagi naungan istana. Perkembangan ini membawa kepada perubahan bentuk persembahan Makyong pada generasi kedua (selepas banjir besar Bah Air Merah tahun 1926 hingga 1950-an). Pada 2005, UNESCO telah mengiktiraf Makyong sebagai Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity (Karya Agung Warisan Lisan dan Tidak Ketara Manusia), satu pengiktirafan yang mengangkat kepentingan seni ini dalam warisan budaya dunia. Pengiktirafan ini memperkukuhkan lagi kepentingan Makyong dalam memelihara identiti dan khazanah budaya Melayu. Hari ini, pelbagai pihak giat menjalankan usaha dokumentasi, latihan pelapis, dan pemuliharaan bentuk asli Makyong agar ia terus dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

• 24
• 9764

TARIAN REJANG BE'UH

Seni Persembahan >Tarian

Rejang Be'uh adalah tarian etnik Bidayuh yang biasanya ditarikan selepas musim menuai merupakan sebuah ekspresi kegembiraan dan keraian serta hiburan komunal untuk tetamu rumah panjang. Tarian ini mengisahkan wira Bidayuh bernama Madu Ujong yang diperintahkan oleh Raja Bintang untuk berjuang dengan burung legenda langit dikenali sebagai Tingkilang Raman. Kejayaannya menentang burung legenda tersebut akan membolehkannya layak untuk berkahwin dengan anak perempuan raja bernama Dara Buda.

• 0

• 5015

TEATER TRADISONAL MENORA (KELANTAN)

Seni Persembahan >Teater

Menora adalah salah satu seni budaya warisan yang berasal dari wilayah Narathiwat, Selatan Thailand, dan telah lama menjadi sebahagian daripada budaya Kelantan. Seni yang turut dikenali sebagai “Manora” dalam bahasa Thai ini merupakan sejenis teater tari rakyat yang menggabungkan unsur-unsur ritual, gerak tari, muzik instrumental, nyanyian, serta lakonan yang berunsur cerita. Walaupun berasal dari Thailand, Menora kini turut dipersembahkan di Kelantan dan beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia, menjadikannya suatu lambang kebudayaan rentas sempadan yang unik.

• 1

• 4290

BERENDOI (PULAU PINANG)

Seni Persembahan >Muzik

Berendoi adalah temasya atau adat masyarakat Melayu bagi menyambut kelahiran bayi. Dalam erti kata lain, berendoi merupakan upacara bercukur rambut atau jambul bayi yang berusia sekurang-kurangnya tujuh hari. Berendoi turut dikenali sebagai aktiviti mengayunkan buaian (adat naik buai), dilakukan setelah bayi dibawa mengelilingi kumpulan marhaban, keluarga dan tetamu untuk dicukur rambutnya. Ketika berendoi, kumpulan marhaban akan menyampaikan maulid atau maulud, iaitu nyanyian-nyanyian berunsur keagamaan. Di Pulau Pinang, temasya ini turut dikenali sebagai Maulud Jawi.

Kebiasaannya, kumpulan endoi terdiri daripada wanita-wanita kumpulan marhaban dan qasidah, yang akan berselawat dengan menyampaikan lirik-lirik lagu memuji Nabi Muhammad SAW. Bait-bait lagu dalam berendoi juga berupa nasihat kepada ibu dan anak agar hidup dengan amalan murni serta mematuhi syariat agama sepanjang kehidupan. Kumpulan nyanyian ini terdiri daripada sekurang-kurangnya empat orang wanita atau lelaki. Di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Kumpulan Naim Hawa terkenal dalam mempersembahkan lagu-lagu berendoi termasuk lagu-lagu aktiviti keagamaan lain iaitu Marhaban dan Berzanji.

“Ayuhai anak di dalam buaian,

Pejamkan mata jangan tangiskan,

Lagu Berendoi kami dendangkan,

Di dalam majlis tanda kesyukuran.”

Dalam majlis berendoi ini, selain daripada upacara cukur jambul, tahnik atau membelah mulut akan dilakukan oleh bapa atau ahli agama (ustaz) yang diundang khas ke majlis tersebut. Bermaksud, selain daripada temasya, sunnah yang dicontohi daripada Rasulullah S.A.W turut dilakukan, sebagai tanda mensyukuri rezeki kelahiran anak.

Majlis berendoi ini terkenal dalam kalangan masyarakat utara. Selain Pulau Pinang, Kedah dan Perlis memperlihatkan adat yang sama. Sesetengah kepercayaan dahulu-kala menyebut bahawa majlis endoi ini merupakan majlis nazar ibu bapa kerana memiliki anak. Ada juga mengatakan endoi merupakan majlis membayar nazar setelah mendapat anak lelaki atau anak perempuan, seperti dihasratkan. Pun begitu, secara asasnya, endoi atau berendoi sangat akrab dengan didikan Islam, iaitu menyampaikan pesan amanat, pedoman dan memuji-muji Tuhan.

• 2
• 2958