KUIH KARAS KEDAH
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Kuih Karas diperbuat daripada tepung beras. Ia berbentuk jaring halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Makanan tradisi ini dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dalam minyak panas dengan menggunakan acuan khas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat. Kuih Karas sangat popular dalam kalangan masyarakat di daerah Kota Setar, Kedah.

Fungsi dan Peranan

Di Kedah, kuih ini sering dijadikan hidangan dalam majlis-majlis perayaan seperti Hari Raya dan majlis kenduri. Keistimewaan Kuih Karas terletak pada rasanya yang manis dan teksturnya yang rangup, menjadikannya sebagai salah satu sajian yang disukai ramai.

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

1 paket (500gm) tepung beras

1 cawan gula

1 1/2 cawan air biasa


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Berikut adalah cara penyediaan Kuih Karas:-


1) Gula dimasak sehingga menjadi sirap manis.

2) Sirap ini kemudiannya dicampurkan dengan tepung beras dan dimasukkan dalam acuan roti jala.

3) Minyak dipanaskan dan capruran tadi dijalakan bermula dari tepi kuali. Pastikan jalaan tadi tidak tebal.

4) Hasil jalaan dilipat menjadi bentuk segi tiga. Kuih ini hanya memerlukan 2-3 minit sahaja untuk masak di atas api.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

i. Bahan Bacaan

A. Z. S. A. S. (2016). Sejarah Kedah dua millenia. Malaysia: UUM Press.


Lokasi