MASAK LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI
Makanan Tradisional

Pengenalan dan sejarah

Negeri Sembilan, juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus, adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Masyarakat Negeri Sembilan berasal daripada suku Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia, yang mula berhijrah ke sini sejak abad ke-14. Kumpulan masyarakat ini kemudiannya menetap di sembilan kawasan seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat, dan Pasir Besar, lalu membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan.

Dari segi masakan tradisional, Negeri Sembilan terkenal dengan hidangan Gulai Lemak Cili Api atau juga dikenali sebagai "masak lomak lado api." Hidangan ini menjadi lambang masakan tradisional Melayu Negeri Sembilan dan berasal daripada pengaruh Minangkabau. Ia sering disediakan menggunakan bahan seperti ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran, dan daging salai. Justeru Gulai Lemak Cili Api ikan keli salai sangat digemari kerana rasanya yang kaya dan pedas, menjadikannya salah satu makanan ikonik di negeri ini.


Fungsi dan Peranan

Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai penting bagi masyarakat Negeri Sembilan sebagai lambang identiti budaya, hidangan khas dalam majlis adat, warisan turun-temurun, daya tarikan pelancongan, dan penyatu komuniti melalui amalan gotong-royong.


Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai adalah:

Ikan keli salai – bahan utama, biasanya dipanggang atau disalai terlebih dahulu.

Santan – untuk kuah lemak yang pekat.

Cili api – memberikan kepedasan khas.

Kunyit hidup – ditumbuk atau dikisar untuk warna dan rasa.

Serai – diketuk untuk aroma.

Daun kunyit – dihiris halus sebagai penambah rasa.

Garam dan gula – secukup rasa.


Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Penyediaan Bahan

Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat. Ketuk batang serai dan hiris halus daun kunyit.

Memasak Kuah Lemak

Masukkan santan ke dalam periuk bersama cili api yang telah ditumbuk, kunyit hidup, dan serai. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak.

Tambahkan Ikan Keli Salai

Setelah santan mula mendidih, masukkan ikan keli salai ke dalam kuah. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan dan ikan menyerap rasa kuah.

Perasakan Kuah

Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris untuk menambah aroma.

Siap untuk Dihidang

Apabila kuah sudah pekat dan sebati, tutup api. Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai sedia untuk dihidangkan.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan


Azizah Mat Roff (2021). Takut nak masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan. Jom ikut ini.  Rasa Online. https://www.rasa.my/takut-nak-masak-lemak-cili-api-negeri-sembilan-jom-ikut-petua-ini/

Farhana Syahirah. (2023). Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Ikut Style ‘Nogori’ Punya Resipi. My Resepi Online. https://myresipi.com/sembilang-salai-masak-lemak-cili-api/

Hamizatun Maizan (2021). Merecik! Tengok Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api, Ayuh Cuba Resipi Datin Azrene. Nona Online. https://www.nona.my/merecik-tengok-ikan-keli-salai-masak-lemak-cili-api-ayuh-cuba-resipi-datin-azrene/


Lokasi