Gulai Umbut Pisang adalah hidangan istimewa masyarakat di Daerah Baling, Kedah.
Gulai ini sering dihidangkan bersama nasi panas dan menjadi sebahagian daripada menu harian di Kedah, terutamanya dalam majlis perayaan atau kenduri.
-
Bahagian umbut pisang sahaja yang digunakan disamping bahan asas yang lain iaitu ayam kampung, kunyit, daun kari, serbuk kari, kayu manis, bunga lawang, bawang merah dan bawang putih dihiris, santan cair dan santan pekat, cili kisar, serta garam atau gula.
Tumis bahan hirisan kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau wangi. Seterusnya masukkan cili kisar, kunyit, serbuk kari serta daun kari. Tambah santan cair dan bila pecah minyak tambahkan lagi santan cair. Masukkan ayam dan bila sudah empuk masukkan umbut pisang. Bila umbut empuk tambahkan santan pekat, garam atau gula sebagai perasa.
-
i. Bahan Bacaan
Kompilasi Masakan Bersantan. (2010). Malaysia: Alaf 21.