ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN
Adat Resam

Pengenalan dan sejarah

Masyarakat Minangkabau yang mewarisi adat ini mempercayai sepenuhnya bahawa Datuk Perpatih Nan Sabatang, juga dikenali sebagai Cati Bilang Pandai dan penasihat Sri Maharajo Dirajo, pemerintah pertama Minangkabau, telah mewujudkan sistem matrilini melalui keperibadian Ibu Kandung. Istilah Adat Perpatih hanya bermula semenjak kedatangan Islam pada abad ke-15, seiring dengan kewujudan adat ini di wilayah-wilayah yang kemudiannya membentuk gabungan Negeri Sembilan pada abad ke-18.


Adat Perpatih Di Negeri Sembilan


Pada abad ke-15 pantai timur Sumatera di Indonesia adalah sebahagian daripada wilayah Minangkabau di bawah pemerintahan Kesultanan Melaka di Tanah Melayu. Justeru, kedatangan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu adalah amalan biasa. Mereka membawa masuk adat ini yang diterima dan mula berkembang terutamanya di kawasan Paya Kumbuh, Batu Hampar, Tanah Datar dan Seri Lemak.


Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning adalah gabungan adat ini yang diamalkan di Minangkabau dengan adat penduduk setempat dan berasaskan hukum syarak. Oleh itu, terdapat kelainan unsur adat ini di wilayah-wilayah tersebut dengan yang di Minangkabau yang mengandungi unsur-unsur merantau, berdagang atau berhijrah.


Suku Biduanda adalah suku utama daripada 12 suku dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan, dan terdapat dalam mana-mana jua wilayah adat atau luak kerana ini diamal oleh penduduk asal.


Fungsi dan Peranan

Adat Perpatih berperanan penting dalam mengekalkan struktur sosial serta budaya yang unik di Negeri Sembilan. Berikut adalah fungsi dan peranan Adat Perpatih:


Sistem Matrilineal: Mengamalkan sistem keturunan matrilineal, di mana harta pusaka dan keturunan disalurkan melalui garis ibu.

Pemilihan Pemimpin: Pemimpin seperti Undang dan Datuk Lembaga dilantik berdasarkan persetujuan ahli keluarga besar mengikut adat, memastikan kepimpinan diterima dengan adil.

Mengukuhkan Perpaduan: Mendorong semangat gotong-royong dan kerjasama dalam masyarakat, mempereratkan hubungan sosial.

Perlindungan Hak Wanita: Menjamin perlindungan sosial dan ekonomi kepada wanita, terutama dalam soal hak harta pusaka.

Penyelesaian Pertikaian: Menyediakan kaedah penyelesaian masalah berasaskan perbincangan dan rundingan dalam masyarakat.

Memelihara Budaya: Memastikan kelangsungan dan pemeliharaan adat serta budaya yang telah diwarisi sejak turun-temurun.

Busana/ Aksesori

-

Peralatan/ Bahan-Bahan

-

Kaedah / Cara Penyediaan/ Cara Persembahan

Sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan dikategorikan kepada empat bahagian, iaitu Adat Nan Sebenar Adat, Adat Nan Teradat, Adat Nan Diadatkan, dan Adat Istiadat.


1. Adat Nan Sebenar Adat


Adat ini termaktub dalam agama yang dibuat oleh Tuhan bagi mengatur kehidupan manusia, dan adat ini tidak dapat ditawar-tawar. Dalam Islam hukum tersebut diatur dalam Al-Quran dan Hadis, mengenai hal-hal yang dilarang yakni haram&dan diperbolehkan yakni halal.


2. Adat Nan Teradat


Adat ini adalah aturan hukum atau kebiasaan yang tercipta dengan sendirinya. Sebagai contoh, si peminjam yang meminjam sesuatu barang daripada orang lain maka hukumnya si peminjam harus mengembalikan pinjaman tersebut kepada yang meminjamkan.


3.Adat Nan Diadatkan


Adat ini adalah norma-norma dan hukum-hukum yang menjadi kebiasaan kemudian dipersetujui dalam muafakat untuk dijadikan acuan dalam mengatur kehidupan masyarakat di sesuatu wilayah atau negara.


4.AdatIstiadat


Adat ini adalah kebiasaan dalam sesuatu masyarakat dan kemudian menjadi norma yang berterusan dan berkembang. Adat ini tiada hukum, namun yang tidak mengamalkannya biasanya dicela. Sebagai contoh, kebiasaannya orang yang lebih muda mencium tangan seseorang yang lebih tua daripadanya. Ini bermakna sebagai wujud penghormatan dan sopan santun dalam masyarakat timur.


Tokoh dan Pencapaian

-

Sumber Rujukan

Bahan Bacaan

Rosiswandy Bin Mohd. Salleh. (2024).Sejarah Pengamalan Adat Perpatih Di Negeri Sembilan. Jabatan Muzium Malaysia. 


Norazit, Selat (1997) Adat : antara tradisi dan kemodenan / Norazit Selat. Meniti Zaman: Masyarakat Melayu antara tradisi dan moden. pp. 33-46.


Norazit, Selat (1982). Konsep Pusaka di dalam Adat Perpatih. Satu catatan ringkas. Purba, Journal Persatuan Muzium Malaysia.


Nordin Selat, 1976. Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Lokasi