Perkataan 'sambut menantu' terbit daripada perbuatan beberapa orang perempuan yang menjadi wakil pihak pengantin lelaki yang datang menjemput dan mengambil pengantin perempuan selepas pengantin baru berada selama beberapa hari di rumah pengantin perempuan.
Istilah menyambut menantu bermaksud mengalu-alukan kehadiran pengantin perempuan kedalam keluarga sebagai ahli baharu. Adat ini pada umumnya dilaksanakan secara tertutup selaras dengan ajaran Islam, dan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja. Majlis bermula dengan bacaan doa kesyukuran diikuti dengan jamuan makan yang dihidangkan kepada pengantin perempuan sekeluarga.
Adat menyambut menantu bertujuan menjamin dan memastikan hubungan silaturrahim antara keluarga kedua-dua pengantin terjalin dengan erat. Adat ini masih diamalkan sehingga kini.
Adat menyambut menantu diadakan beberapa hari selepas persandingan yang berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Pihak pengantin perempuan yang diiringi oleh waris-waris terdekat akan blarok (berarak) menuju ke rumah pengantin lelaki bagi menghantar kedua-dua pengantin ke rumah pengantin lelaki bagi menghadiri adat menyambut menantu yang dilakukan oleh pihak pengantin lelaki.
Bahan Bacaan
Baharin Ilias, Mohd Usairi Mohamed Zainuddin, Md. Riduan Muhamad, Nik Yusnita Nik Ahmed & Fatimah Muhd Shukri (2016). Beberapa Aspek Adat Resam Melayu Kelantan. Kota bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Tokoh (jika ada temu bual tokoh)