Orang India Malaysia ialah warganegara Malaysia yang berketurunan India. Sebilangan besar daripada mereka berhijrah ke Malaysia semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Namun, bukti sejarah menunjukkan bahawa kaum India telah mula menetap di Malaysia sejak zaman kegemilangan Dinasti Chola. Pada masa kini, mereka merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina. Selain itu, mereka juga mempunyai adat resam dan budaya tersendiri, seperti adat untuk wanita hamil hingga kelahiran anak.
Berikut adalah fungsi dan peranan adat resam dan budaya masyarakat India selepas kelahiran bayi
Perlindungan dan Keselamatan Ibu dan Bayi
Upacara aalati untuk melindungi ibu dan bayi daripada gangguan atau malapetaka.
Memperkenalkan Bayi kepada Masyarakat
Membawa bayi pulang pada hari ganjil sebagai simbolik penerimaan dalam keluarga dan masyarakat.
Meraikan Kehadiran Bayi
Adat untuk meraikan kelahiran bayi dan menyatukan keluarga dalam perayaan.
Menjaga Kesejahteraan Ibu dan Bayi
Amalan tradisional untuk menjaga kesihatan fizikal dan rohani ibu dan bayi.
Memupuk Nilai Kekeluargaan
Mengukuhkan hubungan keluarga melalui penglibatan ahli keluarga dalam upacara.
Melestarikan Warisan Budaya
Menyampaikan tradisi dan nilai budaya kepada generasi seterusnya.
Adat-adat yang dijalankan selepas kelahiran bayi
Selepas bayi dilahirkan di hospital, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh, atau pada hari-hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke dalam rumah, upacara aalati diadakan untuk mengelakkan malapetaka. Dalam upacara ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih, arang, sirih, dan kapur barus yang dinyalakan akan diputar tiga kali. Kemudian, cumanggali mencelup ibu jarinya ke dalam campuran tersebut dan menyapukan ke dahi ibu dan bayi. Selepas itu, isi dulang akan dibuang setelah ibu dan bayi memasuki rumah.
ii. Memberi Nama
Upacara pemberian nama bayi diadakan apabila bayi berusia enam belas hari. Dalam upacara ini, bayi diletakkan dalam buaian dan dipimpin oleh ahli keluarga tertua yang berpengetahuan tentang agama dan dewa-dewa. Upacara dimulakan dengan sembahyang sebagai tanda kesyukuran, diikuti dengan membersihkan kawasan sekitar rumah dan menyalakan lampu minyak. Persembahan berupa kari ayam betina, telur rebus, dan ikan kering disajikan kepada Tuhan. Selepas itu, nama bayi diumumkan. Nama yang dipilih biasanya mempunyai kaitan dengan agama Hindu, tokoh sejarah, atau nenek moyang, dan juga dipilih berdasarkan tarikh kelahiran bayi. Ahli keluarga yang hadir juga akan memberi pelbagai hadiah.
Bahan Bacaan:
AnyFlip (2021). Kepelbagaian Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Malaysia. https://anyflip.com/nqyhr/zzmg/bas
Hema. (2017). Adat Resam Dan Budaya Masyarakat Malaysia. https://adatresammasyarakatmalaysia.wordpress.com/2017/02/21/first-blog-post/
(3) Zuraiha Binti Mohd Zain Noraini Binti Sulaiman Siti Aishah Binti Othman. (2021). Adat Resam Masyarakat Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
https://upk.ptsb.edu.my/penerbitan/Adat_Resam_Masyarakat_Malaysia.pdf
Tokoh (jika ada temu bual tokoh) - Tiada -